Penyanyi berbakat besar Iman Troye teruja dan tidak menyangka tercalon dalam kategori Favourite Asian Act dalam Nickelodeon Kids' Choice Awards 2024.

Jelas Iman, atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, bertanding bersama empat calon lain iaitu ENHYPEN, NiziU, SB19 dan Tiara Andiri sudah menjadi pencapaian besar baginya.

"Sejujurnya saya terkejut, pada awal-awal pengurusan saya tak maklumkan saya perlu buat photoshoot untuk apa. Cumanya mereka berikan saya sehelai kertas putih dan suruh saya ambil gambar. Saya peliklah, ini untuk apa.

"Tiba-tiba mereka maklumkan saya tercalon untuk Nickelodeon Kids' Choice Awards 2024!

"Masa itu saya tak tahu lagi siapa yang bertanding bersama. Bila dapat link tu, saya terkejut.

"Saya teruja, saya dapat top 5 dengan mereka sekali, mereka bukan calang-calang orang. Tiara Andiri dan ENHYPEN pun saya dengar hari-hari. Saya tak mengharapkan apa-apa dan saya tak sedih pun kalau kalah. Tercalon pun dah cukup sebenarnya," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Ibu Bapa Diugut Bunuh, Iman Troye Tidak Buat Laporan Polis - "Saya Rasa Yang Tulis Itu ..."

BERITA TRENDING: Luah Rasa Rindu Terhadap Siti Sarah, Netizen Tanya Bagaimana Iman Troye Boleh Rapat Dengan Arwah? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…

BERITA TRENDING: "Kaki Saya Bengkak, Telinga Berdesing" - Iman Troye Kemalangan

BERITA TRENDING: Bibir Tebal Dikata Sama Macam Vida, Iman Troye Tak Kisah Pun! - "Mata Orang Beza-Beza"





Tercalon dalam anugerah yang sudah bertapak sejak lebih tiga dekad itu menjadi pengalaman baharu bagi Iman, tambah pula menjadi calon tunggal dari Malaysia tahun ini.

"Nervous, sebab saya tertanya-tanya saya layakkah? Saya tak mengharapkan apa-apa cuma ini pengalaman dan peluang baharu untuk mewakili Malaysia. Saya gembira," katanya yang akui teringin untuk berada di anugerah tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 17 Julai 2024.

Tawan peminat cilik

Dalam pada itu, Iman akui anugerah terbabit relevan bagi dirinya yang sentiasa menjadi 'magnet' kepada generasi cilik.

"Pendengar saya kebanyakannya budak-budak. Bila keluar, akan ada budak-budak datang dari jauh panggil saya 'Akak Shopee'. Mereka datang dan nyanyi lagu Teman biasanya.


"Melihatkan impak lagu-lagu saya yang berjaya menawan peminat cilik membuatkan saya gembira.

"Mereka hargai lagu-lagu saya dan kalau lagu saya membuatkan mereka riang daripada menangis, itu pun sudah sangat menggembirakan hati saya," tambahnya.

BERITA TRENDING: Murah Hati! Iman Troye Offer RM300 Kepada Pelajar SPM 2022! - "Mahu Beri Motivasi Supaya ..."

BERITA TRENDING: [VIDEO] Peminat ‘Broken’ Bila Iman Troye Tayang Kekasih, Tapi Rupa-Rupanya…

BERITA TRENDING: "Tak Mengapa Jika Tiada Cinta" - Iman Troye Fokus Belajar Dulu

Undi Iman Troye

Nickelodeon Kids' Choice Awards 2024 turut menyaksikan bintang Kpop Blackpink dicalonkan untuk kategori Global Music Star sebaris dengan Tyla, Troye Sivan, Taylor Swift, Dua Lipa, Zara Larsson dan Karol G.

Jom semak calon-calon Nickelodeon Kids' Choice Awards 2024 dan undi Iman Troye di sini!



********

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.