Laman Utama

Innai Neelofa Lulus Ujian Makmal, Terbukti Sah Solat

gempak
Azwa Rahman
22/07/2022
06:20 MYT
Sponsor Banner
Innai Neelofa Lulus Ujian Makmal, Terbukti Sah Solat
Usahawan selebriti popular Neelofa tampil membuat penjelasan mengenai status sah solat produk inai keluarannnya, Innai Nunha selepas timbul isu tidak mesra wuduk.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, inai keluarannya berstatus sah solat kerana ia telah menjalani kajian makmal telus air hasil kerjasama daripada pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Menerusi satu kajian ketelapan air yang dilakukan oleh Profesor Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozaini dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT pada minggu lalu, inai Nunha yang terdiri daripada 85% daun inai, larut di dalam air.
Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan rasa lega apabila status sah tersebut terbukti menerusi hasil kajian yang mendalam daripada pakar.
“Kami dah tahu dari awal produk ini halal dan sah solat namun masih timbul keraguan dalam kalangan netizen dan menjadi viral. Sebab itu, untuk saya buktikan pada orang, tak cukup dengan kata-kata. Orang tak mahu percaya. Jadi kami bekerjasama dengan pihak UMT bagi membuktikan segala keraguan.
“Alhamdulillah saya bersyukur dan seronok apabila hasil daripada kajian yang dilakukan menunjukkan sememangnya telah membuktikan bahawa Innai Nunha telap air,” katanya kepada Gempak.
Neelofa ditemui pada majlis sidang media Innai Nunha yang berlangsung di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Isu berkaitan produk ini timbul apabila netizen mempertikaikan status inai berkenaan yang didakwa tidak boleh dibawa solat.
Selain warnanya yang diragui, ada pihak yang mencetuskan kontroversi dengan menghakis kuku mereka dan terus membuat kesimpulan bahawa inai tersebut tidak sah solat.
“Jujurnya bila isu ini timbul, kami tidak tidur malam memikirkan. Rasa kecewa dan geram. Tapi kami sedia maklum ramai yang risau. Jadi inilah usaha kami untuk menjelaskan semua keraguan,” katanya.
Sementara itu, suami Neelofa, Mohd Haris Ismail memaklumkan kajian daripada pihak UMT ini adalah jalan terbaik untuk membuktikan kepada peniaga dan orang rami bahawa produk ini berstatus sah solat.
“Apa yang berlaku memberi kesan kepada perniagaan kami apabila ramai yang was-was untuk membeli produk ini.
“Kalau orang lain risau, kami lagi risau sebabnya ini bisnes kami, kalau tak berhati perut, tak kan lah kami tergamak nak menipu pembeli.
“Kajian ini adalah jalan terbaik untuk meyakinkan orang ramai. Kami reda dengan dugaan ini dan Allah bagi perhatian lebih sikit apabila semua orang nak ambil berat,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024