INNOVATHON merupakan sebuah rancangan realiti TV inovasi pertama di Malaysia, inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Astro.

Setiap minggu, lapan inovator akan berentap dari minggu pertama hingga minggu ketujuh. Justeru, setiap inovator terbaik mingguan akan terus melayakkan diri ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara INNOVATHON yang pertama.

Idea inovatif dan kreatif para inovator diadili oleh lima orang panel juri profesional termasuklah Menteri Ekonomi; YB Rafizi Ramli, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Chang Lih Kang, selebriti dan usahawan terkenal; Fazura, serta dua lagi pemain industri sebagai juri profesional jemputan. Selain itu, 100 orang juri awam daripada pelbagai latar belakang yang berperanan sebagai pengguna akan menggalas tanggungjawab sebagai juri awam.

Pentas akhir INNOVATHON bakal menyaksikan para finalis sekali lagi membentangkan produk inovasi mereka dengan penambahbaikan yang lebih menarik bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan hadiah pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1 juta ringgit.

Program realiti TV yang dihoskan oleh pengacara ternama Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani ini bersiaran mulai 15 Julai 2023, jam 9 malam di saluran Astro RIA dan Astro GO.

INNOVATHON

Throwback balik Episod yang lepas di bawah:

Minggu 1Tekan Di Sini
Minggu 2Tekan Di Sini
Minggu 3Tekan Di Sini
Minggu 4Tekan Di Sini

Korang boleh terus ke bawah untuk mengenali siapakah inovator untuk MINGGU INI dan apakah PRODUK INOVASI mereka di bawah.

Jangan lupa juga untuk mengundi produk manakah yang anda rasa paling kreatif dalam People Choise Awards sekarang!

INNOVATHON - People Choice Awards

Maklumat lebih lanjut mengenai peserta minggu ini beserta maklumat ciptaan mereka:

Peserta 1
PRODUKINFO PRODUKINFO PESERTA

1. Wan Mu’adzam Wan Abidin
Peserta 2
PRODUKINFO PRODUKINFO PESERTA

1. Hj Ustaz Azmi bin Nor
Peserta 3
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA
1. KUMPULAN AKADEMI AMAL KHAIRAT
Peserta 4
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA
1. KOK YUAN TING TING

Peserta 5
PRODUKINFO PRODUKINFO PESERTA
1. KUMPULAN RND INTEGOMB
Peserta 6
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA
1. DR. LEOW CHIUAN HERNG2. DR. LEOW CHIUAN YEE3. Dua penyelidik merupakan penyarah kembar yang kini sedang berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Peserta 7
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA
1. Ts.Muhamad Asrul Affendi bin Mat Nor2. MUHAMMAD NORFIRDAUZ BIN ZAMZURI

Peserta 8
PRODUKINFO PRODUK
INFO PESERTA

1. RAFIQ SHARMAN BIN KHAMIS