Viral

Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, Ini Hukum Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idris

gempak
Firdaus
26/09/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, Ini Hukum Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idris
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengulas tentang hukum isteri yang meminta cerai daripada suami dari segi agama.

Haram Bau Syurga

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menerangkan tentang hadis Nabi Muhammad SAW berkaitan wanita yang meminta cerai daripada suami.

Mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu...

“Nabi kata,’mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, pendakwah tersebut turut menasihati wanita di luar sana supaya bersabar demi menjaga rumah tangga.
“Jadi, orang perempuan kena bersabar. Minta cerai, belum cerai lagi. Tertutup pintu syurga, haram masuk syurga.
“Ramai isteri yang minta cerai sebenarnya akhlak mereka tidak baik,” katanya.

BERITA TRENDING: Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

BERITA TRENDING: Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus

​BERITA TRENDING: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

​BERITA TRENDING: Bermusafir Tak Perlu Solat Jumaat? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus

Bagaimanapun, menurut Ustaz Azhar terdapat lima perkara yang membenarkan seseorang isteri dibenarkan untuk meminta cerai.
@insan_marhaen Mintak cerai tanpa sebab #ustazazharidrus #insanmarhaen #fyp #rumahtangga ♬ original sound - Insan marhaen
“Melainkan lima perkara boleh minta cerai iaitu suami tak beri nafkah, suami larang buat perkara wajib seperti larang untuk sembahyang dan menutup aurat.
“Seterusnya, suami suruh buat perkara haram seperti liwat, berjudi, minum arak dan sebagainya.
“Kemudian suami dera dan yang terakhir, suami masuk penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara,” terangnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024