Skip to main content

Berita Tempatan

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

astrogempak_syafiq_yusof_isu_buli.jpg

Menurut Syafiq, isu buli di set penggambaran tidak sepatutnya berlaku terhadap mana-mana artis.

 

"Sebagai pengarah yang dah lebih berbelas tahun, saya pernah terlihat situasi kes buli yang berlaku di antara pelakon lama dan baru.

 

"Bagi saya, itu adalah tanggungjawab pengurus, pengarah dan penerbit produksi untuk menyelesaikan hal sebegitu.

 

"Apabila buat penggambaran, pihak produksi kena wujudkan suasana yang friendly supaya pelakon boleh menjayakan watak dengan selesa," katanya kepada Gempak.

 

Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-33 yang diadakan di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pada malam Jumaat.

 

Pada masa yang sama, pengarah filem, Sheriff: Narko Integriti itu berkata mungkin terdapat segelintir pelakon baharu yang tidak memahami konsep bekerja di set penggambaran.

 

"Kadang-kadang pelakon baru mereka tidak dapat bezakan set penggambaran filem dan set penggambaran TikTok.

 

"Kalau kita buat filem atau drama memang perlukan kesabaran yang tinggi.

 

"Kita kerja dari pagi hingga pagi esoknya. Hal ini memerlukan stamina yang tinggi," jelasnya.

 

Meskipun sudah banyak bekerjasama dengan pelbagai artis terkenal, dia berharap agar pelakon baharu memahami rentak bekerja dalam industri dan bijak membezakan jenis penggambaran.

Must-Watch Video

Advertisement