Laman Utama
Isu Kibar Bendera Putih, Ini Penjelasan Pejabat Mufti – “Jika Atas Dasar Membantu Boleh Dilaksanakan”
Isu mengenai kempen mengibarkan bendera putih masih lagi menjadi bualan hangat di media sosial.
Susulan isu tersebut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) tampil menjelaskan perkara itu menerusi artikel Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-588 (Hukum Kibar Bendera Putih Untuk Meminta Bantuan) yang dikeluarkan, hari ini.
Menurut artikel berkenaan, hukum menggunakan bendera putih sebagai cara untuk meminta bantuan ketika kesusahan bergantung kepada perspektif individu yang melihat perkara itu.
Advertisement
“Hukum menggunakan bendera putih sebagai cara untuk meminta bantuan ketika kesusahan bergantung kepada perspektif kita melihat perkara tersebut.
“Jika perbuatan itu atas dasar membantu mereka yang memerlukan dengan cara memudahkan pihak yang ingin memberi bantuan dan mengenal pasti pihak yang dalam kesusahan, maka boleh dilaksanakan.
“Sebaliknya jika kita lihat itu sebagai mengaibkan diri sendiri maka wajar dielakkan. Dalam keadaan sekarang, ramai pihak sudi menghulurkan bantuan dan juga disediakan nombor-nombor untuk dihubungi bagi mereka yang dalam kesusahan.
“Mereka juga boleh menghubungi terus pihak yang membantu untuk segera mendapatkan bantuan. Ia terserah kepada pertimbangan masing-masing dalam melaksanakan melalui cara dan inisiatif dalam bentuk bagaimana yang dirasakan selesa,” jelas kenyataan tersebut.
Dengan itu, diharapkan artikel yang dikterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini dapat menjawab persoalan orang ramai mengenai perkara tersebut.
Terdahulu, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #BenderaPutih di platform media sosial bermula semalam.
Inisiatif itu bertujuan untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik terutamanya yang putus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera sekaligus mendapat sokongan dalam kalangan rakyat.
Bagaimanapun, kenyataan beberapa individu yang kurang bersetuju dengan kempen berkenaan mengundang rasa tidak puas hati netizen.
Must-Watch Video