gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
‘All That’s Left Of You’ Rangkul Filem Terbaik Di MIFFest 2025 & Ti Lung Terima Anugerah Sepanjang Hayat
VIRAL
Kes Zara Qairina: Ibu Buat Laporan Polis Baharu, Dakwa Nampak Lebam Ketika Mandikan Jenazah
VIRAL
Netizen Masih Terpegun Doorgift Majlis Kahwin Luna Maya - "Ingatkan Dapat Periuk Nasi, Sekali Coffee Machine!"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Isu Umrah, Ramai Mahu Negara 'Pilihan VVIP' Pun Tangguh? - "Yang Gatal Melancong London Tu"

Hanafis Haris
Hanafis Haris
04/01/2022
08:44 MYT
Sponsor Banner
"Isu Umrah, Ramai Mahu Negara 'Pilihan VVIP' Pun Tangguh? - "Yang Gatal Melancong London Tu"
Kecoh di media sosial sejak beberapa lalu apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini.
Menurut Khairy, bukan hasrat Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan untuk menyekat perjalanan rakyat dan tindakan diambil adalah berdasarkan data serta maklumat kes positif Covid-19 yang diperolehi.
Pun begitu, masih banyak netizen yang tidak berpuas hati dengan perlaksanaan itu.
Ada yang menganggapnya sebagai diskriminasi terhadap umat Islam, malah tidak kurang juga yang membandingkan perjalanan ke umrah dengan London.
Menerusi pemantauan Gempak, ramai menganggap tiada keperluan untuk melancong dan bukan hanya penangguhan umrah.
"Umrah dihentikan seketika, saya setuju. Langkah sama perlu juga dikenakan kepada pengembara yang sesaja gatal nak jalan London sekarang, macam lah London tu nak runtuh sehari dua lagi. My point is, tak perlu lah unnecessary travel untuk suka suki sekarang ni.
"Ada beza ke pergi buat umrah dengan melancong, Omicron boleh pilih negara ke"
"Patut melancong ke sana sini pun dah tak boleh ya," tulis beberapa netizen.
Pun begitu, ada juga yang tidak bersetuju sekiranya orang ramai membandingkan perjalanan umrah dengan negara lain.
"Penggantungan perjalanan umrah dibuat kerana statistik memunjukkan banyak kes berpunca dari negara sana. Untuk pukul rata semua sekali, tidak patut. Banyak rakyat yang bergantung juga kepada aviation industri," tulis seorang netizen.
Sekadar info, sehingga Disember lalu, varian Omicron dilaporkan di 57 negara dan bilangan pesakit yang memerlukan rawatan hospital kerana varian itu dijangka meningkat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan Omicron sedang menular dengan pantas dan walaupun gejalanya ringan, kadar jangkitan dijangka meningkat dengan ketara berbanding varian coronavirus lain.
Untuk rekod, pada 26 November lalu, WHO mengesahkan varian Omicron, yang kali pertama dikesan di bahagian selatan Afrika, sebagai varian membimbangkan (VOC) dan ia adalah varian Sars-CoV-2 kelima dalam kategori VOC.
Topic Berkaitan
#Viral
#Umrah
#London
#VVIP
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement