,
Sukan

Jadi Jutawan Muda, Pemain MLBB Sekyss Nasihat Jangan Abai Pelajaran - "Itulah Back Up Plan Kalau Dah Tak Relevan Nanti"

Mya Amri
18/07/2024
04:55 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss tidak pernah terdetik untuk memikul gelaran sebagai jutawan muda selepas pasukannya menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024.

Jutawan muda

Menurut Sekyss atau nama sebenarnya Muhammad Haqqullah Ahmad Shahru, 18, ketika kejohanan itu dia bersama pasukannya bermain dengan sepenuh hati dan berusaha memberikan yang terbaik.
“Saya tak tahu nak kata macam mana sebab bagi saya kemenangan itu memang tidak dijangka, rasa macam tiba-tiba.

“Sebab masa saya bermain untuk kejohanan ini, saya tidak jangka untuk menjadi team play, saya hanya fikir akan menjadi sekurang-kurangnya top 4 sahaja.

“Tiba-tiba betul-betul dapat satu juta usd tu rasa macam ish saya jadi millionaire ke ni? Saya tak tahu nak cakap macam mana,” katanya kepada Gempak.
Sekyss berkata demikian ketika ditemui semasa SRG menjadi tetamu istimewa untuk siaran langsung TikTok SINAR pada Rabu.

Jangan tinggal tanggungjawab, pelajaran penting

Dalam pada itu, Sekyss juga berkata walaupun dia bermain dalam sukan E-sport sebagai pemain profesional, namun pelajaran tetap harus diutamakan.
“Untuk mereka yang masih belajar tetapi nak bermain atau menjadi pro player saya nasihatkan jangan tinggalkan tanggungjawab, teruskan belajar sebab kita kena seimbangkan juga dengan pelajaran.

“Belajar jangan tinggal itu paling penting sebab nanti anda semua akan ada back up plan sekiranya sudah tidak relevan dalam sukan e-sport kelak,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Menang RM4.7 Juta Saya Nak Simpan Dalam ASB, Beli Rumah,” - Sekyss Syukur Pasukan Jadi Juara Dunia MLBB

ARTIKEL BERKAITAN: SRG Menang, Ahmad Zahid Ikrar Komitmen Bangun Industri Sukan Digital - “Usaha Gigih Anda Membawa Pulang…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Takut Haiwan Tiada Bulu, Suka Main Mobile Legends” – Syada Amzah Dedah 30 Fakta Mengenai Dirinya

ARTIKEL BERKAITAN:Ustaz Rawat Pesakit Guna Pistol Mainan, Netizen Hairan - “Ini Ruqyah Ke Main Mobile Legend”

ARTIKEL BERKAITAN:“Untung Beckham Dapat Jumpa Idola Legend Malaysia” - Ini Antara Reaksi Peminat Bila David Beckham Turunkan Autograf Pada Baju Safee Sali

ARTIKEL BERKAITAN:Tahap Kesihatan Isteri Kurang Baik, Daddyhood ’Step Down’ Dari Aktiviti E-sukan - “Perkara Ini Lama Dia Rahsiakan Sebab…”

Terdahulu, Sekyss juga turut dinobatkan sebagai Most Valuable Player (MVP) dalam aksi Grand Final.
SRG menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 di kejohanan Mid Season Cup MLBB 2024.
Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah AS$1,000,000 (RM4,669,303.78).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Zaki Yamani memaklumkan dia mempunyai alasan sendiri mengapa merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya baru-baru ini.
Sukan

Ramai Anak Muda Mahu Jadikan Idola, Pemain MLBB Sekyss Rasa Diri Belum Layak - “Saya Segan Sebenarnya, Perlu Banyak Belajar Lagi”

gempak
20/07/2024
13:55 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss merasakan dirinya belum layak untuk menjadi idola anak muda yang meminati sukan E-Sport.
Sukan

“Menang RM4.7 Juta Saya Nak Simpan Dalam ASB, Beli Rumah,” - Sekyss Syukur Pasukan Jadi Juara Dunia MLBB

gempak
15/07/2024
20:55 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss berkongsi perancangannya dan juga pasukan selepas menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, pada Ahad.
Sukan

SRG Menang, Ahmad Zahid Ikrar Komitmen Bangun Industri Sukan Digital - “Usaha Gigih Anda Membawa Pulang…”

gempak
15/07/2024
04:55 MYT
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk memberikan komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital di negara ini.
Sukan

EURO 2024: Yamal Tetap Kena Siapkan Kerja Sekolah Walaupun Beraksi - “Saya Harap Cikgu Benarkan Saya Lulus”

gempak
22/06/2024
13:55 MYT
Bagi Lamine Yamal, sambungan Wi Fi adalah salah satu kebimbangan terbesarnya di kem latihan Sepanyol di pusat peranginan spa mewah di Donaueschingen di Black Forest, ini disebabkan dia perlu menyelesaikan kerja sekolah.