Hiburan

"Jangan Ambil Jalan Mudah Bawa Lari Anak Dara Orang" - A.Aida

gempak
Amri Hassan
11/02/2024
03:50 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Ambil Jalan Mudah Bawa Lari Anak Dara Orang" - A.Aida
Pelakon dan produser terkenal Datuk A.Aida terus berkongsi pandangan mengenai cinta golongan muda di media sosialnya.

BERITA TRENDING: A Aida Menangis, Anak Perempuan Selamat Bertunang - “Kita Jaga Dia Dari Kecil, Tiba-Tiba…”

Menerusi hantaran terkini di Instagram, A.Aida menekankan tentang 'adab' untuk bercinta dengan wanita.
"Jangan ambik jalan mudah bawak lari anak dara orang.
"Kena cari jalan macamana nak ambik hati mak dia, kalau pandai ambik hati kahwin pun kita sponser semua," tulisnya.
Malah, A.Aida menegaskan secara umum, individu baharu yang muncul dalam keluarganya perlu memenangi hatinya terlebih dahulu.
"Sebelum nak mengorat anak, kena mengorat mak dia dulu," tambahnya.
Terdahulu, A.Aida memberikan peringatan buat anak keduanya, Wan Azevanatassha, 22, yang kini sedang melanjutkan pengajian di Victoria University, Melbourne, Australia agar tidak melakukan perbuatan yang membelakangi keluarga.
"Jangan jadi anak derhaka dan kahwin senyap-senyap ya. Nanti satu sen hartaku tak akan dapat.
"Tak terucap penat lelah dan susah payah ibu membesarkan anak. Apa sahaja kemahuan, ibu akan cuba penuhi.
“Sebagai balasan, belajarlah rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Semoga kau berjaya wahai anakku,” tulis A.Aida.

PILIHAN PEMBACA: Elak Jadi Isteri Kedua, A Aida Tolak Lamaran RM20 Juta

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live