Viral
“Jangan Nak Hamak View Yang Mengundang Kejian, Kecaman Umum” - Tauke Jambu Beri Teguran, Belajar Etika Sebelum Buat Konten
Pelawak, Tauke Jambu menegur tindakan tidak bertanggungjawab sekumpulan pempengaruh yang memalsukan kisah kehilangan rakan mereka di hutan Indonesia baru-baru ini.
Buat konten biar beretika
Menurut Tauke, tindakan tersebut tidak patut dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian penonton dan mengabaikan etika dalam membuat konten.
Kata Tauke lagi, perkara tersebut tidak patut dibuat main lebih-lebih lagi melibatkan kehilangan orang.
“Jarang aku nak komen, konten orang aku support je tapi lain kali belajar etika lah adik-adik ku sekalian.
“Jangan nak hamak view yang mengundang kejian dan kecaman umum. Perkara orang hilang ni jangan buat main-main,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2025/feb/tauke-jambu-ammar_nazhan.jpg)
Terdahulu, pempengaruh dikenali sebagai Eyka telah ditemukan selamat pada malam Rabu selepas dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia.
Walau bagaimapun, penyanyi rap terkenal iaitu Caprice kemudiannya mendakwa kejadian itu adalah rekaan semata-mata selepas penyanyi itu dimaklumkan oleh pihak agensi yang mengatakan bahawa insiden tersebut adalah palsu.
Tampil mempertahankan diri, Ammar Nazhan menafikan dakwaan tersebut dan meminta segelintir individu untuk berhenti menyebarkan tangkap layar perbualan mereka yang dikhuatiri boleh mengelirukan warganet.
Bagaimanapun, spekulasi tersebut terjawab selepas Polis Indonesia mengesahkan konten yang dilakukan Ammar Nazhan itu adalah lakonan dan rekaan semata-mata.
Ammar Nazhan dan rakannya, Aras kemudiannya membuat permohonan maaf berkaitan penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia.
Menerusi satu video yang dikongsi oleh kumparanNews, kedua-dua pempengaruh itu menzahirkan rasa kesal kerana telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak
Must-Watch Video