Pelakon Puteri Balqis memohon maaf kepada Mia Sara Nasuha dan bapanya Mohammad Ridhuan disamping menegaskan dia dan ibunya tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain.

Balqis atau Aqish berkata, mereka hanya membuat hal sendiri dan terasa hati apabila dikatakan tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga.

“Itu satu fitnah besar,” katanya kesal.

Selain itu Aqish turut menasihatkan Mia Sara supaya tidak mengulangi perbuatan menghakimi kehidupan orang lain.

"Saya hanya akan cakap sekali, jangan ulangi perkara sama. Saya harap, kita teruskan hidup masing-masing," katanya menerusi sebuah hantaran video di Instagram.

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)


Terdahulu, Mia Sara memuat naik hantaran di akaun TikTok miliknya pada Disember lalu dan menyentuh mengenai didikan yang diterima oleh Balqis ketika membesar, tidak diberi mengikut cara Islam.

Walaubagaimanapun, dalam hantaran sama, Mia juga meminta netizen supaya tidak menghakimi Balqis, tetapi berikan teguran secara berhemah.

[[BACA: Puteri Balqis Akui Terlalu Kecewa Selepas Mia Sara Tuduh Dirinya Dibesarkan Tanpa Didikan Agama...]]