Seorang peniaga raja buah, Azizon Awang yang berasal daripada Kuantan, Pahang meluahkan rasa simpati dengan nasib golongan kurang berkemampuan untuk menikmati buah itu.
Oleh yang demikian, dia mengambil pendekatan untuk memberi buah durian tersebut secara percuma kepada mereka yang teringin tetapi tidak berkemampuan.
Azizon Awang, 45, berkata, pendekatan itu diambil bagi memberi kegembiraan kepada golongan tersebut yang tidak berkemampuan untuk membeli buah durian.
Selaku peniaga kecil, dia yang sudah menjual durian sejak 10 tahun lalu mengakui turut terkesan dengan pandemik COVID-19.
“Saya bersyukur kerana masih ada sedikit modal untuk meneruskan perniagaan ini dan pada saat ini ramai yang kehilangan sumber pendapatan berdepan tekanan dari segi kewangan.
“Jadi, hati saya terdetik untuk membantu golongan memerlukan dengan cara memberi durian secara percuma.
"Terus terang saya cakap, kalau ada yang teringin nak makan durian tapi tidak mampu, datang dan beritahu kepada saya. Saya ikhlas sedekahkan sebiji dua kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Memiliki sebuah gerai durian di tepi laluan utama Jalan Tanjung Lumpur - Kempadang, Azizon berkata, bekalan durian diperoleh dan dihantar oleh pembekal dari Segamat, Johor Bahru pada setiap hari.
Tambahnya lagi, durian yang dijual biasanya habis dijual sebelum jam 7 petang dan sering mendapat permintaan daripada orang ramai.
“Saya sudah lama berurusan dengan dia (pembekal) kerana sebelum ini saya berniaga di pekarangan Serambi Teruntum sebelum berpindah ke sini. Jadi dia tiada masalah untuk menghantar durian pada setiap hari.
"Kebiasaan bekalan durian akan tiba di sini (Kuantan) sekitar jam 2 petang, jadi saya mula menjual jam 3 petang dan boleh dikatakan sebelum jam 7 petang, semua buah sudah habis,” katanya.
Antara jenis durian dijual Azizon ialah musang king, udang merah, IOI dan durian kampung.
Selain itu, Azizon berkata, dia turut menjual durian yang sesuai dijadikan tempoyak dengan harga bermula RM6 sekilogram.
Kredit foto: Sinar Harian
Azwa Rahman
Thu Jun 24 2021


Sindir Pub Holywings, Kedai Beri Bakso Percuma Pada Muhammad & Maryam
Pub Holywings di Indonesia baru baru ini mencetuskan kontroversi apabila melakukan promosi dengan menawarkan alkohol percuma kepada pemilik nama Muhammad dan Maria.

“Tiada Istilah Double Standard”- Persembahan Buat Golongan B40, Siti Nurhaliza Janjikan Yang Istimewa
Siapa golongan B40 yang bertuah tu?

“Harap Penonton Tak Perasan Lah”- Gap Setahun Penggambaran, Michael Ang Dedah Cabaran Mengarah The Maid 2
Apa bezanya ya?

“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Suami jangan segan tau teman isteri bersalin, support sistem gitu.

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
Sweetnyer Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
.jpg?ext=.jpg)
“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah
Semoga kembali sihat Faradhiya

“Dahi Dan Pipi Koyak Sikit…” - Ronnie Hussein Kemalangan, Terima Enam Jahitan
Ya Allah, doakan Ronnie cepat sembuh.

"Mak Ayah Aku Ajar Hormat Orang Tua Tak Kira Pangkat Atau Darjat" - Idris Khan
Idris Khan bersikap tegas

Lufya Buat Laporan Polis, Nafi Dipukul Bekas Suami - "Jangan Babitkan Dia, Biar Polis Buat Kerja"
Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan sudah membuat laporan polis pada pagi Rabu
.jpg?ext=.jpg)
Bekas Suami Minta Gaji, Dewi Perssik: “Dia Hanya Teman Saya Di Ranjang”
Kemelut rumah tangga Dewi Perssik dengan bekas suaminya, Angga Wijaya sepatutnya sudah berakhir dengan baik selepas lelaki tersebut menceraikan penyanyi dangdut itu.