,
Berita

#JusticeforZaynRayyan: 'Esok Kita Sama-Sama Tunggulah' - Kakak Kepada Ibu Zayn Rayyan

Gempak
12/06/2024
07:30 MYT
"InsyaAllah kami semua kuat," kata Zahari Mohd Reba, 56, datuk kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang disyaki dibunuh pada Disember tahun lalu.
Dia ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini, selepas dimaklumkan mengenai polis membawa ibu Zayn Rayyan untuk merekod pengakuan bersalah wanita itu di hadapan majistret.
"Alhamdulillah, lega (prosiding rekod keterangan) hari ini dah selesai. Kami akan datang ke mahkamah lagi esok (tamat reman).
"Saya tidak mahu beri sebarang kenyataan, dah menyerahkan semuanya kepada peguam," katanya.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Semenata itu, Kakak kepada ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin menyifatkan perkembangan kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu bakal memberi khabar gembira buat keluarganya.

Khabar gembira

Wanita berusia 42 tahun itu berkata, tiada mengenai pengakuan yang dibuat pada prosiding yang dijalankan hari ini membabitkan adik bongsunya itu.
“Harapan untuk esok kita sama-sama tunggulah (dituduh atau dilepaskan). Alhamdulillah (tiada pengakuan) untuk (prosiding rakam keterangan).
“Insya-Allah satu Malaysia (akan gembira),” katanya ringkas ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Terdahulu, ibu Zayn Rayyan selesai memberi keterangan di Mahkamah Majistret dan dilihat beredar menaiki van pihak berkuasa pada pukul 12.50 tengah hari.

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Turut hadir, Peguam Fahmi Abd. Moin dan Mahmud Jumaat yang mewakili ibu dan bapa Zayn Rayyan tiba di Kompleks Mahkamah di sini pada pukul 11.15 pagi.
Difahamkan, prosiding yang dijalankan hari ini hanya melibatkan suspek wanita berusia 29 tahun itu.
Sebelum ini, pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.
Kedua-dua pasangan itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.
Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Sumber: KOSMO & Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.