Kehadiran ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin di lokasi mayat kanak-kanak autisme itu ditemukan dan kediaman mereka adalah sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan kes bunuh tersebut.

Proses lengkapkan siasatan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia merupakan antara prosedur atau tindakan yang perlu diambil sebelum kertas siasatan dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, perkembangan lanjut sama ada siasatan kes itu telah lengkap atau sebaliknya serta status reman ibu bapa kanak-kanak tersebut akan dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

"Mengenai reman ibu bapa Zayn Rayyan yang akan tamat pada Khamis, saya tidak dapat berkongsi apa apa (perkembangan) pada petang Selasa ini.

"Dia (ibu bapa Zayn Rayyan) tidak boleh sambung reman lagi dan tunggu mungkin Pengarah JSJ akan beri kenyataan berkaitan perkembangan kes ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Selasa.

BERITA TRENDING: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

BERITA TRENDING: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Semalam, ibu kepada Zayn Rayyan dibawa semula ke kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai serta lokasi mayat ditemukan berhampiran rumah mereka, dipercayai untuk melakonkan semula kejadian kehilangan kanak-kanak sehingga mayatnya ditemui.

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Pada Jumaat lepas, Hussein dilaporkan berkata, tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung hingga 13 Jun ini bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.

Menurut Hussein, keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme itu disambung.

Pada 6 Disember tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.