Dua peguam mendakwa, pihak polis memohon kepada Mahkamah Majistret di sini pada Rabu untuk mendapatkan pengakuan bersalah daripada ibu Zayn Rayyan Abdul Matiiin atas tuduhan membunuh kanak-kanak kes bunuh kanak-kanak autisme itu.

Permohonan polis

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, pihak polis membuat permohonan itu mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 dalam prosiding secara tertutup di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah.

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Menurutnya, seorang lagi peguam, Mahmud Jumaat dibenarkan masuk untuk mengikuti prosiding itu dan membuat bantahan terhadap permohonan berkenaan.

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari


Ini kerana beliau berkata, berdasarkan undang-undang, kanun itu tidak dinyatakan dalam mana-mana prosedur yang jelas.

“Disebabkan tiada peruntukan khusus untuk membuat permohonan itu, ia menjadi sangat prejudis kepada dua anak guam kami.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

“Kami bantah sebab permohonan ini boleh menjejaskan pertahanan kepada pembelaan kami kelak, sekiranya mereka dituduh di mahkamah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian