Pelakon Sari Yanti mendedahkan hasratnya untuk menambah lagi bilangan cahaya mata bersama suami, pelawak Jep Sepahtu.

Sari akui inginkan anak yang ramai tapi bimbang ia tidak akan tercapai kerana merasakan dirinya sudah berumur untuk mengandung lagi.

"Kalau ada rezeki apa salahnya. Kalau boleh nak ramai. Tapi I dah tua," jawab Sari.



Terdahulu, Sari telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa saja pertanyaan yang diajukan oleh peminat-peminatnya menerusi Instagram (IG) miliknya.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.

Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.