Pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin baru meraikan ulang tahun perkahwinan mereka kali kelima beberapa hari lalu.

Sama seperti pasangan lain yang mendirikan rumah tangga, Izzue turut membuat ucapan sempena hari bersejarah pasangan itu.

"Kami mungkin tak sweet macam orang lain, tapi kami saling memerlukan antara satu sama lain dan saling melengkapi.

"Doakan kami selamanya bersama ye. Amin!

"Happy Anniversary yang ke-5 tahun Awin Nurin ketiak masam," tulis Izzue bersama sepotong video ucapannya buat Awin Nurin.

Kami mungkin tak sweet macam orang lain. Tapi kami saling memerlukan antara satu sama lain & saling melengkapi. Doakan kami selamanya bersama yer. Amin! Happy Anniversary yg ke 5 tahun @awinnurin ketiak masam ? #iian #izzueislam #awinnurin

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on


Perkongsian Izzue di laman sosial Instagramnya itu mendapat pujian peminat yang rata-ratanya 'cemburu' dengan kemesraan dan hubungan bahagia pasangan itu.

Malah, ada yang menyifatkan ucapan Izzue dan panggilan 'ketiak masam' buat isterinya itu agak melucukan.

Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada 4 Jun 2013 selepas berkenalan lebih lima tahun.

Kami turut mendoakan agar ikatan perkahwinan Izzue dan Awin kekal bahagia hingga hujung usia.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @izzueislam