Tular satu hantaran video di Facebook memaparkan kaki seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang tersepit di eskalator dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Setapak Central, Kuala Lumpur.

Menurut sumber, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 4.56 petang semalam.

BERITA TRENDING: Pekerja P-Hailing Bakar Kereta Polis Bantuan Ditahan

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun telah tersangkut bahagian jari kaki pada eskalator di pusat membeli belah.

“Kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan pihak pengurusan bangunan,” katanya.

Selain itu, mangsa juga didapati mengalami kecederan bahagian kaki iaitu tiga jari kiri dimana salah satunya telah patah.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen prihatin terhadap keadaan kanak-kanak berkenaan dan ada juga segelintir yang memberi nasihat bagi mengelakkan perkara itu daripada terus berlaku.

“Kalau naik eskalator, jangan pakai selipar. Tapi banyak juga yang suka berdiri dekat dengan yang ada berus eskalator tu,”

“Cepat-cepat tekan butang off merah tepi tu kalau ada yang tersepit. Macam mana keaadaan adik tu?”

“Awasi anak-anak semasa menggunakan eskalator, kasihan adik tu,”

“MasyaAllah. Semoga dipermudahkan urusan.”

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir 10,000 tontonan dan lebih 100 komen di Facebook.

Sumber: Facebook/Kosmo