Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro meluahkan rasa terkejut apabila bilik penginapannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur dihiasi dengan dekorasi seperti tetamu yang ingin berbulan madu.

Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 36, berkata, dia benar-benar berasa hairan sebaik memasuki bilik yang dipenuhi hiasan kelopak mawar.

Menyangkakan pada mulanya ia adalah satu kejutan, Shahrol kemudian bertindak menelefon isterinya.

"Terperanjat masuk bilik ada dekorasi ala bulan madu. Telefon isteri dia cakap tak ada bagi kejutan apa-apa. Dah lah duduk seorang, adakah ini prank show? Mungkinkah ada CCTV tersembunyi di bilik ini?

"Patutkah aku saman hotel ini kerana mempermainkan perasaanku sebegini rupa? Apahal lah dekorasi macam ni..," tulisnya.

Shahrol berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Terperanjat masuk bilik ada deco Honeymoon..Call isteri dia cakap takde bagi surprise apa2...Dah la aku duk sorang2..Adakah ini prank show??Mungkinkah ada cctv tersembunyi di bilik ini??Patutkah aku saman hotel ini kerana mempermainkan perasaanku sebegini rupa??atau patutkah aku membuat laporan kpd ayahanda Rani Kulup??Apahal la deco mcm ni.. @mamakputeh meh la teman i malam ni..pakai baju colour pink ea???

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on



Teruja dengan bilik dengan dekorasi istimewa itu, Shahrol kemudian mengajak pelawak Mamat Puteh untuk menemaninya.

"@mamakputeh, marilah teman I malam ni, pakai baju warna merah jambu ya," selorohnya.

Perkongsiannya itu kemudian mengundang pelbagi respons dalam kalangan pengikutnya.







"Dia bagi hint kena bawa Kak Anna berbulan madu lagi itu bang.

"Salah masuk bilik ke bro.

"Kau ada bini lain ke Shahrol?," komen sebahagian pengikutnya.



Shahrol mendirikan rumah tangga dengan Anna Danisha pada 18 Mac 2016.

Ia merupakan perkahwinan keduanya selepas pernah berkahwin pada 2008 sebelum bercerai tiga tahun kemudian.