Kecoh di media sosial apabila selebriti media sosial dan pelakon, Noreen Iman secara tidak sengaja menjamah sandwich yang mengandungi ‘pork belly’ atau perut babi.

Menerusi hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram Story, Noreen memberitahu yang dia membeli sandwich berkenaan kerana tidak tahu kandungan sandwich berkenaan ada unsur tidak halal.

Perkara itu sekali gus membuktikan 'influencer' tersebut tidak sengaja untuk memakan daging berkenaan.

BACA: “Hello, Aku Bukannya Nak Makan Sangat Pun B*bi Tu” - Terjamah Sandwich Ada Pork Belly, Norreen Bengang Orang Tanya Sedap Ke Tak

Susulan itu, timbul persoalan orang ramai mengenai hukum sebenar sekiranya termakan daging berkenaan tanpa sengaja.

Untuk makluman, menerusi laporan pernah dikeluarkan, dalam al-Quran Surah al-Baqarah ayat 173, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah."

Walaupun begitu, Allah memaafkan kesalahan yang tidak sengaja dilakukan oleh hamba-Nya, termasuk makan daging babi.

Perkara itu dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud;

"Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Oleh yang demikian, jika umat Islam makan daging babi kerana tidak tahu atau tidak sengaja, maka ia tidak dikira sebagai dosa di sisi Allah SWT.

Bagi mengelak daripada tidak sengaja termakan daging yang haram, orang ramai perlu tahu membezakan antara daging babi dengan protein halal yang lain.

Sumber: TribunNews