Jika dulu kecoh apabila sebuah jenama ini mengasingkan alat pengecas atau charger daripada kotak pembelian.

Ketika itu ramai yang tidak berpuas hati hingga ada yang mengatakan jenama tersebut sangat zalim dan cekik darah.

Apa yang peliknya, tindakan tersebut turut diikuti jenama lain yang pada awalnya mengkritik langkah tersebut.

Alasan mereka adalah untuk menjaga alam sekitar. Mungkin berkesan mungkin tidak, bergantung pada pembungkusan dan material charger itu sendiri.

Namun, itu cerita lama dan kali ini terdapat desas desus yang lebih kuat iaitu tiada lagi port pengecasan atau lubang pengecas.

Apple mungkin hadir dengan iPhone tanpa sebarang port untuk model seterusnya.

Ini kerana Apple didakwa memfokuskan kepada pengecasan tanpa wayar.

Ini dapat dilihat dengan pengenalan Mag Safe pada iPhone hujung tahun lalu.

Persoalannya adakah kita benar-benar bersedia?

Berikut merupakan kelemahan jika menggunakan pengecasan tanpa wayar

#1 Tidak efisyen dan praktikal

Perkara ini terjadi sekiranya anda tidak meletakkan peranti kepada kedudukan yang betul. Selagi tidak tepat kedudukannya selagi itulah ia belum dicas.

Untuk gamers pun, sudah tentunya pengecasan berwayar lebih produktif kerana ia lebih mudah dan digunakan secara serentak.

#2 Tidak selaju pencesan wayar

Soal kelajuan memang pengecasan tanpa wayar agak ketinggalan. Biarpun didakwa laju, namun prestasinya tidak boleh dibandingan dengan penggunaan wayar.

#3 Cepat Panas

Terdapat beberapa aduan mengatakan telefon mereka cepat panas sekiranya menggunakan secara wireless.

#4 Mahal!

Pengecas berwayar selaunya boleh didapati dengan harga serendah RM10 mengikut kualiti sesebuah jenama.

Namun, untuk pengecas tanpa wayar, mungkin harga paling murah pun RM30. Itupun entah berapa lama lah nak penuh!

Apapun, semoga perubahan teknologi ini diperkenalkan secara berperingkat. Bukan semua hidup bertuhankan teknologi bukan?

Semoga berjumpa lagi dalam #SembangGajet minggu hadapan.