Laman Utama

Keluarga Pengasas Dnars Buat Laporan SPRM

Gempak
19/06/2022
21:45 MYT
Selepas laporan polis meminta siasatan dijalankan secara telus membabitkan kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, keluarganya tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula.
Abang sulung Allahyarham, Mohd Faisal Rohban Ahmad, 48, yang ditemani peguam dilantik keluarganya, Lt Kol (B) Azhar Ahmad, hadir ke pejabat SPRM Kelantan pada jam 2.30 petang semalam.
Azhar berkata, laporan itu adalah berkaitan urusan membawa pulang jenazah Allahyarham ke Malaysia yang didakwa mencurigakan, pada 2019.
"Daripada maklumat yang telah dikumpulkan, ada unsur ketidakpatuhan kepada prosedur membawa masuk jenazah Allahyarham dari Thailand pulang ke rumahnya di Tumpat.
"Pihak kami sudah melengkapkan laporan (berkaitan dakwaan itu) yang dikemukakan kepada SPRM dan mengharapkan siasatan terperinci dapat dilakukan.
"Dalam laporan tersebut, antara isi kandungannya... berdasarkan maklumat yang telah diterima daripada Pejabat Kesihatan Pasir Mas, ia tidak memuaskan hati ahli keluarga.
"Ia melibatkan urusan permit import, di mana ia tidak dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya pada Ahad.
Jelas Azhar, permit import yang dikeluarkan hendaklah mengikut syarat-syarat wajib dan perlu mendapatkan surat dari Pejabat Konsulat di Songkhla.
Baru-baru ini, keluarga Allahyarham membuat laporan polis kerana mengesyaki terdapat terdapat unsur meragukan berhubung kematian usahawan produk kecantikan itu.
Faziani maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi pada 19 Mei 2019 selepas Toyota Estima dipandu suaminya merempuh belakang lori dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan zakat di Pondok Krong, Yala.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

gempak
22/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Viral

Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

gempak
20/07/2024
09:28 MYT
Pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suaminya Aliff Teega berkongsi pengalaman ditahan reman bagi membantu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Berita

Tempoh Reman Berakhir, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Dibebaskan & Perlu Bayar Wang Jaminan RM200,000

gempak
16/07/2024
12:22 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh direman sejak 11 Julai lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dibebaskan.
Berita

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

gempak
15/07/2024
15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Viral

Reman Pempengaruh Islamik Suami Isteri & Dua Individu Disambung 3 Hari!

gempak
14/07/2024
08:28 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.