,
Laman Utama

Kes HFMD Meningkat 15 Kali Ganda, Anak Perlu Dibawa Ke Fasiliti Kesihatan Jika Bergejala Seperti…

Gempak
17/05/2022
22:32 MYT
Ibu bapa diminta segera membawa anak masing-masing ke fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mereka mempunyai gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata antara gejala awal HFMD adalah sama seperti COVID-19 iaitu demam dan hari berikutnya akan ada ruam.
"Apa-apa gejala dialami perlu uji dahulu dan bawa anak ke fasiliti kesihatan, kita akan tahu itu HFMD atau COVID-19," katanya.
Beliau mengakui bahawa kes HFMD mencatatkan peningkatan membimbangkan dan Jabatan Kesihatan negeri telah diarahkan untuk menjalankan tindakan intervensi, selain hebahan Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan penyakit HFMD di kawasan mereka.
Khairy turut meminta pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) untuk menjaga kebersihan di premis masing-masing bagi mencegah penyakit itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata jumlah kes penyakit HFMD di negara ini meningkat pada kadar membimbangkan iaitu sebanyak 15 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 31,661 kes dilaporkan.
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 7,526 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 berakhir pada 14 Mei yang menunjukkan peningkatan sebanyak 349 peratus, berbanding ME sebelumnya dengan hanya 1,676 kes di seluruh negara.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai ketiadaan wakil doktor pelatih dalam Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF), Khairy berkata pasukan petugas khas itu tidak memerlukan wakil doktor pelatih untuk ia berfungsi dan mendapatkan maklumat.
"Kita mahu pasukan itu bebas. Petugas pasukan khas juga akan minta pandangan daripada semua pihak dan mereka (doktor pelatih) bebas beri pandangan supaya pasukan petugas dapat kemuka laporan yang seimbang," katanya.
HWCITF ditubuhkan susulan insiden kematian seorang pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang selain laporan dan aduan yang diterima berkaitan kejadian buli serta masalah tekanan mental yang dihadapi bukan sahaja oleh PPS malah kakitangan perkhidmatan kesihatan.
Pasukan itu dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Profesor Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir dan dianggotai lapan individu profesional serta pakar dalam bidang masing-masing.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.