Pelawak Lan Pet Pet meluahkan rasa syukur apabila mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya, Ruby Che Wan di ulang tahun perkahwinan yang ke-9.
Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad memberitahu berita gembira itu menerusi entri terbaharu di akaun Instagramnya semalam.
“Alhamdulillah. Ini hadiah dari Allah mendapat panggilan Haji pada hari ulang tahun perkahwinan kami. Hari ni kami berangkat ke Tanah Suci menunaikan Haji 2017.
“Dikesempatan ini, saya bersama isteri memohon AMPUN dan MAAF sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami.
“Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, dikurniakan kesihatan yang sempurna dan kekuatan rohani dan jasmani sepanjang menunaikan segala ibadah dan ziarah dan memperoleh Haji mabrur serta Redha Allah SWT.“Insya Allah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan untuk seluruh umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yang belum menunaikan Haji pada tahun akan datang insya Allah. Labaikallah,” tulisnya.
Dalam pada itu, isterinya yang merupakan adik aktres Rozita Che Wan, Rubytah Abu Bakar @ Che Wan turut berkongsi foto terbaru mereka di tanah suci sebentar tadi.
“Alhamdulillah selesai Umrah pertama kami. Syukur Allah mudahkan segala urusan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Semua kemudahan Allah beri atas doa anda semua,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Lan dan Ruby telah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2008.
Teks oleh: Mya Amri
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat