Berita

Lebih 100 Terbunuh Dalam Rempuhan Di India

Gempak
02/07/2024
21:06 MYT
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa.
Kejadian berlaku di kawasan Sikandra Rao di daerah Hathras, kira-kira 180 kilometer (km) dari New Delhi.

BERITA TRENDING: Halloween Jadi Tragedi! 146 Meninggal Dunia, 150 Cedera Di Itaewon

BERITA TRENDING: Tragedi Halloween Itaewon, Pelakon Korea Dilapor Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Tragedi Halloween Itaewon: Seorang Rakyat Malaysia Cedera, Kini Stabil

BERITA TRENDING: Tragedi Halloween Itaewon; Pegawai Polis Dalam Siasatan Ditemui Mati

Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
"Apabila saya cuba keluar, terdapat motosikal yang diletakkan di luar yang menghalang laluan saya. Ramai yang pengsan manakala yang lain meninggal dunia," kata seorang mangsa yang cedera.
Akhbar tempatan meletakkan angka kematian kira-kira 120 orang. Saksi memberitahu pemberita keadaan huru-hara ketika kejadian dan mangsa yang cedera tidak menerima rawatan perubatan segera.
Mereka juga mendakwa berlaku kecuaian perubatan dan kekurangan peralatan untuk menangani pesakit serius.
Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath telah mengarahkan satu siasatan dijalankan mengenai kejadian berkenaan.
"Arahan telah diberikan kepada pegawai yang berkenaan untuk menjalankan operasi bantuan dan menyelamat dengan segera dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada mangsa yang cedera," menurutnya dalam satu kenyataan di media sosial.
Sumber: BERNAMA Foto: The Star, Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
Hiburan

Ili Hitz FM Berhijab Sejak Ramadan, Pemergian Ibu Jadi Asbab - "Saya Mula Muhasabah Diri, Fikir Tentang Kematian"

gempak
05/07/2024
02:55 MYT
Tampil mengenakan hijab, penyampai radio Hitz.fm, Ili Ruzanna berkongsi serba sedikit tentang penghijrahannya baru-baru ini.
Gaya Hidup

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Dibuka Kepada Peserta Beragama Islam

gempak
05/07/2024
01:55 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.
Hiburan

"Ada Lelaki Tawarkan RM10,000, Dia Ajak Saya ..." - Andyoso

gempak
04/07/2024
21:55 MYT
Penyanyi muda Andyoso mendedahkan pernah menerima tawaran daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang RM10,000 untuk keluar bersama.
Viral

Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono Buat Persembahan Di Pestapora 2024

gempak
04/07/2024
15:57 MYT
Festival muzik Pestapora akan kembali dengan edisi untuk tahun 2024.