gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
VIRAL
Anggota Polis Malas Kerja ‘Kerasukan' Ditangkap Polis
BERITA
Lelaki 'Kantoi' Palsukan Ujian DNA, Elak Bayar Nafkah Anak RM585,000
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Lelaki 'Kantoi' Palsukan Ujian DNA, Elak Bayar Nafkah Anak RM585,000

Gempak
Gempak
18/07/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Lelaki 'Kantoi' Palsukan Ujian DNA, Elak Bayar Nafkah Anak RM585,000

Seorang wanita di United Kingdom mendedahkan bagaimana bekas pasangannya memalsukan ujian DNA semata-mata untuk mengelak daripada membayar nafkah anak mencecah AS$125,000 (RM585,000).

Chelsea Miller, 31, berkata, teman lelakinya, Sheldon B menafikan status sebagai bapa kepada anak mereka, Louie hanya tiga hari selepas dia melahirkan bayi itu pada 2022.
Sheldon kemudian meminta ujian DNA dengan harapan keputusan negatif dapat menyelamatkannya daripada membayar AS$125,000 sebagai nafkah anak.
Namun, hasil ujian mengejutkan apabila Sheldon ‘disahkan’ bukan bapa kandung Louie.
Miller, yakin dengan kebenaran tidak berputus asa apabila meminta ibu kepada Sheldon memberikan sampel DNA di makmal lain, yang kemudiannya mengesahkan Louie ialah cucunya atau Sheldon sememangnya bapa kandung bayi itu.
Akhirnya, Sheldon terpaksa mengaku bahawa dia telah berpakat dengan pekerja makmal DNA untuk memalsukan keputusan ujian.
Lelaki bernama Robert P. mengaku menukar sampel Sheldon dengan miliknya sendiri untuk menipu keputusan tersebut.
Sheldon dan rakannya itu kemudian mengaku bersalah atas tuduhan konspirasi untuk menipu dan masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 50 minggu dan 33 minggu.
“Sikap tidak profesional dan pengkhianatan kepercayaan dalam kes ini amat menjijikkan.
“Pesakit berhak merasa selamat dan dihormati, lebih-lebih lagi dalam situasi sensitif seperti ini," kata seperti dilapor The Sun. Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anak
#Kantoi
#Nafkah
#DNA
#Elak Bayar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement