Isu tangkap khalwat antara Aliff Aziz dan Ruhainies masih panas di bibir netizen.

Belum sempat panas bertukar suam, kedua-dua mereka tampil membuat kenyataan ringkas menerusi Instagram Story masing-masing, menyatakan ada beberapa hal yang digembar-gemburkan tidak tepat.

Dan tidak cukup itu, Ruhainies turut berkongsi sepotong video di Instagram, menampikan dirinya dengan sekotak bunga mawar merah.

A post shared by @ruhainies7


Di ruang kapsyen berbunyi: “Kadang-kadang perkara tidak jelas dengan segera. Di situlah kamu perlu bersabar dan tabah dan melihat ke mana arahnya. Sabar,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen melemparkan rasa amarah terhadap Ruhainies. Ada yang mempersoalkan mengapa dirinya tergamak berbuat demikian kepada rakan baik sendiri.



Tidak kurang, ada juga yang mencadangkan supaya Ruhainies diboikot dan meminta Marissa, yang turut terlibat dengan isu ‘menyondol’ mengundang dramatis itu masuk ke group Whatsapp bersama-sama.



Terdahulu, media melaporkan adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup berkhalwat bersama pelakon wanita itu ialah Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

Kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara yang dirakam pada 25 Februari lalu.

Difahamkan Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi Sabtu sudah dibebaskan dengan jaminan.

Mereka dilaporkan meninggalkan pekarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang, Sabtu.

Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memohon maaf di laman Instastory masing-masing selain memberitahu mereka akan berkongsi kisah sebenar yang terjadi.

BERITA TRENDING: "Kalau Rasa Perlukan Mama, Baliklah..." - Abby Abadi

BERITA TRENDING: Pasca Dakwaan Tangkap Basah, Ruhainies Senyum Terima Jambangan Bunga Ros Merah