Pelakon Sweet Qismina menyatakan pendiriannya untuk tidak mengambil tahu berita lanjut mengenai kemalangan yang menimpa arwah kakaknya, Farhanna Qistina empat tahun lalu.

Menurut Sweet, ibunya juga telah membuat keputusan untuk melupakan kenangan pahit yang menimpa keluarganya.

“Semuanya dah selesai dan pampasan pun kami dah terima. Tetapi sepanjang prosedur itu berlangsung, mama sendiri dah beritahu pihak polis bahawa kami sekeluarga tidak akan ambil tahu langsung apa yang akan terjadi.

“Rasa sakit dan luka yang ada pada kami sekeluarga itu tidak boleh nak dirawat kembali. Jadi mama rasa adalah lebih baik untuk kami meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Apa yang dah berlaku telah pun berlaku, tak perlu nak fikirkan sangat. Kalau nak marah atau nak hukum orang itu pun tak elok juga.

“Sebab bak kata mama bukan dia boleh bawa kembali kakak… Jadi adalah lebih baik untuk kami memaafkan dan melupakan,” jelasnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).