Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan berita gembira apabila membenarkan rakyat untuk pulang melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa di desa bermula 10 Jun ini.

Rata-rata warga kota akan meninggalkan bandar untuk pulang ke kampung halaman sekaligus meraikan sambutan Hari Raya Aidilfidtri yang masih berbaki.

Walau bagaimanapun, harus diingatkan untuk melakukan beberapa perkara sebelum memulakan perjalanan jauh bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Gempak kongsikan 10 tips keselamatan sebelum pulang ke kampung:

1. Maklum Majikan

Maklumkan dahulu kepada pihak majikan mengenai cuti anda. Jangan seronok nak cuti sampai lupa isi borang. Lebih senang kalau majikan tau ke mana lokasi yang bakal anda tuju.

2. Servis Kereta

Memandangkan sudah lama kereta tersadai tidak bergerak jauh, anda dinasihatkan untuk menghantar kereta ke pusat servis terlebih dahulu. Pastikan keadaan kereta berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan perjalanan. Kita nak elakkan daripada tersangkut di tepi jalan!

3. Buka Kepala Tong Gas

Pastikan kepala tong gas dicabut sebelum cuti panjang. Jangan biarkan injap gas terbuka. Bahaya!

4. Tutup Punca Kuasa Elektrik

Jangan leka! Sebelum nak keluar periksa dulu semua suis dan pastikan semua ditutup dan dicabut plug dari soket. Selagi tak puas hati, jangan tinggalkan rumah!

5. Barang Berharga Kena Simpan

Segala barang kemas dan barang bernilai jangan ditinggalkan di tempat yang mudah nampak. Simpan di tempat yang selamat. Kalau rasa tak yakin, bawa sekali pulang ke kampung. Malang tidak berbau..

6. Kosongkan Air Takungan

Bagi rumah yang ada kolah, pastikan dikosong terlebih dahulu. Bagi kaum hawa, periksa kawasan pasu bunga. Jangan biarkan ada air bertakung. Nanti tak pasal dapat demam denggi pulak.

7. Pintu & Tingkap Berkunci

Pastikan periksa berulang kali sama ada pintu dan tingkap berkunci. Kita nak elak daripada perkara malang berlaku.

8. Maklum Jiran Tertangga & Polis

Maklumkan kepada jiran dan pihak polis. Minta tolong mereka untuk tengokkan rumah semasa ketiadaan anda.

9. Hantar Haiwan Peliharaan Di Tempat Jagaan Khas

Bagi yang membela haiwan seperti kucing jangan lupa hantar mereka ke pusat jagaan khas. Jangan dibiarkan kelaparan selama beberapa hari, kesian tau. Kalau masih muat dalam kereta, bawa sekali pulang ke kampung hehehe..

10. Rancang Perjalanan

Bagi mengelakkan kesesakan jalan raya, mulakan perjalanan pada awal pagi. Sentiasa mengambil tahu info dan maklumat yang dimaklumkan oleh pihak PLUS. Sediakan bekalan makanan dan ubat secukupnya. Kita cuba untuk elak berhenti banyak kali kat tempat awam.

Belum terlambat lagi untuk Gempak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca.

Pastikan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Apabila sampai kampung, bersihkan diri dahulu sebelum mendekati ibu bapa terutama warga emas. Jangan buat rumah terbuka!

'Hand sanitizer' dan topeng muka sentiasa ada di sisi anda! Sama-sama kita putuskan rantaian wabak Covid-19!

Selamat bercuti..


Foto: Google