Laman Utama
Masih Dalam Persiapan, Kamal Adli & Uqasha Senrose Takkan Kahwin Sampai ...
Pelakon Kamal Adli menegaskan dirinya dan tunang, Uqasha Senrose masih sibuk membuat persiapan menjelang perkahwinan mereka.
Biarpun tidak mendedahkan tarikh sebenar hari bahagia mereka, kata Kamal, mereka tidak akan berkahwin selagi belum selesai urusan kerja.
Tambah lagi, Kamal bakal terlibat sebagai pengacara rancangan hiburan sebuah stesen penyiaran tempatan dari akhir Oktober hingga Januari.
"Kami masih buat persiapan, selepas PKP saya dan dia (Uqasha) terus padat dengan jadual kerja dan penggambaran," katanya ketika sesi wawancara atas talian pada Ahad.
Ditanya adakah Kamal tidak akan berkahwin sehingga Januari, jawabnya; "Tidak, sampai habis program ini."
Selain Kamal, Uqasha juga dilihat sibuk apabila menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM2021) yang sudah bermula pada pertengahan Oktober lalu.
Kamal dan Uqasha mengikat tali pertunangan pada 4 April lalu selepas melamar secara langsung pada Anugerah MeleTOP Era 2020 sekitar Disember tahun lalu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video