Berita

"Mati Pun Takde Siapa Yang Peduli, Mati Katak Je Kesudahannya" - Aznan Alias

gempak
Elrafaei Sapi
30/01/2019
15:01 MYT
Sponsor Banner
"Mati Pun Takde Siapa Yang Peduli,  Mati Katak Je Kesudahannya" - Aznan Alias
Jika penyanyi ada kontrak sebelum buat persembahan rupanya nasib pemuzik tempatan lebih malang.
Gitaris terkenal, Aznan Alias berkongsi pengalaman sebagai anak seni apabila lazimnya pemuzik yang dijanjikan kerja untuk membuat persembahan tiada kontrak yang ditanda tangan melainkan artis.
Apa yang menyedihkan, kerja yang dijanjikan penganjur dibatalkan pada saat akhir menyebabkan pemuzik tidak boleh buat apa-apa.
"Kalau 'show' kena 'cancel' tu kira biasa lah.. 'burn' mcm tu je.. 'part' ni kerajaan taknak amik tau ke? ada ke kementerian yg jaga hal ehwal pemuzik ni? setahu aku lah, tak pernah ada dari zaman kegemilangan lagi," katanya menerusi Facebook, Nan Aznan baru-baru ini.
Ujarnya, dia mengharapkan kerajaan pada masa kini dapat membantu pemuzik-pemuzik tempatan.
"Sampai bila2 lah mcm ni.. pemuzik jangan kata kena ‘cancel’ macam tu je.. mati pun takde siapa yg peduli.. mati katak je kesudahannya.
"Sekali lagi nak tanya.. ada ke Industri Muzik kat Malaysia ni? menteri mana yg jaga?," katanya.
Meskipun ada bayaran 'booking' yang boleh diminta pemuzik pada penganjur sebagai jalan penyelesaian untuk mengatasi situasi ditipu sebegini, Aznan pula memberitahu penganjur sebolehnya mengelakkan daripada bertindak sedemikian.
"Ya betul.. itulah jalan penyelesaian nya.. tapi.. ‘part’ ni lah yang ‘event organiser’ seboleh2 nak elakkan.. ‘and most of the time’ diorang berjaya," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Facebook - Nan Aznan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024