Hiburan
"May You Continue To Grow & Be Happy" - Ini Ucapan Bella Dally Buat Ulang Tahun Kelahiran Nelydia Senrose
Pelakon Bella Dally menulis ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran aktres Nelydia Senrose yang ke-25 hari ini.
Perkara itu dikongsi Bella menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya beberapa jam lalu.
Bella memuji kebaikan Nelydia dan mendoakan kesejahteraan buat rakannya itu.
"Dear Nely Baby, you have flourished into a beautiful lady, beautiful inside and out. May you continue to grow and be happy.
"Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kamu dengan segala kebaikan di dunia hingga ke akhirat," tulisnya sebagai kapsyen.
Tidak berdiam diri, Nelydia membalas ucapan tersebut.
"I thought you not gonna wish me, this is really sweet. Thank you for your doa and semoga Allah makbulkan semuanya. Thank you for always being the big sister around me. I love you!" balasnya.
Sementara itu, Nelydia turut berkongsi beberapa momen indah sepanjang sambutan hari istimewa itu bersama suaminya malam tadi menerusi ruangan IG Story.
Imbas kembali, Nelydia telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.
Dalam industri hiburan pula, Nelydia mulai aktif pada sekitar tahun 2007 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Must-Watch Video