,
Laman Utama

“Mengarut Bagi Saya” – Beto Kusyairy Tak Setuju Utamakan Pelakon Ada Rupa Berbanding Bakat!

Shahrin Zulkifle
27/10/2022
04:30 MYT
Pelakon Beto Kusyairy berpendapat kenyataan yang dikeluarkan seorang penerbit mengenai isu mengutamakan pelakon yang mempunyai rupa berbanding bakat bagi membintangi sesebuah naskhah sebagai satu perkara yang mengarut.
Bagaimanapun jelas Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman, 42, dia bertindak untuk tidak mengulas panjang isu berkenaan dan berharap ia tidak berlarutan.
“Kalau secara peribadi saya tidak setuju dengan kenyataan sebegitu dan mengarut bagi saya,”
“Namun saya tak mahu lagi menyebut berkenaan isu ini, selagi isu ini diperkatakan selagi itu ‘dia’ akan dapat perhatian. Bila saya tidak menyebut, isu itu akan setakat itu sahaja dan tidak berpanjangan.
“Tidak mahu mengulas bukan beerti saya bersetuju, cumanya saya tak mahu komen lanjut atau panjangkan,” ujarnya.
Beto ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Halimun yang bertempat di GSC Cinema, 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Terdahulu, penerbit dan pengarah popular, Datuk A. Aida menyuarakan pandangan mengenai pemilihan pelakon utama bersandarkan paras rupa berbanding bakat.
Hal itu telah menarik perhatian ramai termasuk pelakon Amerul Affendi yang membidas semula kenyataan A. Aida berhubung isu terbabit.
Malah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim turut tampil menjawab isu berkenaan.
BACA: Amerul Affendi Bidas Kenyataan A. Aida Utamakan Rupa Dari Bakat – “Eloklah Tamatkan Semua Kursus Lakonan Yang Ada”
BACA: “Bakat Perlu Dipegang, Yang Lain Dianggap Sebagai Aksesori” – CEO Finas
Selain Beto, filem terbitan Azura Pictures itu turut membariskan pelakon tanah air lain seperti Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis.
Sinopsis
Zahir bertemu dengan Laila ketika sebuah insiden yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi iaitu seorang penyelesai masalah paranormal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka.
Halimun bakal berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 November 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh strim di Astro Go atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro First.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Hati Mahu Buat Macam-Macam Aksi Tapi ..." - Beto Kusyairy Kena Slip Disc, Bataskan Gerak Fizikal

gempak
19/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Beto Kusyairy akui pergerakannya kini semakin terbatas, menyukarkan dirinya untuk melakonkan babak aksi dalam filem yang dibintangi akibat beberapa kecederaan lama yang kembali berulang.
Peraduan

Menang Tiket Premiere The Lord of The Rings: The War of The Rohirrim!

gempak
14/11/2024
06:51 MYT
Menang Tiket Premiere The Lord of The Rings: The War of The Rohirrim sekarang!
Hiburan

Telatah Lucu Zizan Razak & Johan Dalam Baik Punya Ah Long Kini Boleh Ditonton Di Astro First

gempak
07/11/2024
14:18 MYT
Berita baik bagi yang sudah merindui telatah lucu dua pelawak terkenal, Zizan Razak dan Johan, filem terbaharu lakonan mereka berjudul Baik Punya Ah Long (BPAL) kini ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First.
Hiburan

Kejayaan Di Indonesia, Pengerusi Finas Puji Anna Jobling

gempak
10/10/2024
21:27 MYT
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman menyifatkan pencapaian Anna Jobling sebagai pelakon utama dalam filem Indonesia, Lembayung dan Laut Tengah sebagai satu kebanggaan besar bukan sahaja untuk dirinya tetapi buat industri filem Malaysia.
Hiburan

Pelakon Baru Idamkan Trofi Oscar, Ini Reaksi Azhar Sulaiman - “Poyo Betul…”

gempak
21/09/2024
05:19 MYT
“Poyo betul nak cakap macam tu,” itulah reaksi aktor, Azhar Sulaiman selepas ada pelakon baharu yang memandang rendah terhadap anugerah industri tempatan dan mengagungkan pengiktirafan daripada negara luar.
Unitar