Pengacara Haziq Hussni berang gara-gara masalah jerebu yang melanda, kedua-dua anaknya Heidy dan Chayra dimasukkan ke hospital serentak.

Anak-anaknya dimasukkan ke hospital selepas mengalami pelbagai simptom termasuk demam panas selama enam hari.

“Budak-budak ni tak tahu apa pun. Jerebu pun tak kenal. Bacaan IPU pun depa tak tau.

“Tapi dorang jadi mangsa. Batuk tak henti. Nafas laju. Bunyi kuat. 6 hari demam panas. Tiap malam muntah. Bangun pukul 3 pagi masuk ubat bontot. Seksa budak-budak ni.

“Kenapa korang bakar hutan? Main bakar sampah merata woi! Semoga anak-anak daddy kembali sihat and happy macam biasa. Love you kiddo! ,” tulisnya.

Haziq berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Haziq memuat naik foto kedua-dua anaknya terbaring di atas katil wad sebuah hospital.

Entri berkenaan juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersimpati dengan nasib anak-anaknya.

Mereka turut mendoakan agar kedua-dua anaknya segera sembuh.

Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari pada Julai 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Budak2 ni taktau apa pun. Jerebu pun tak kenal. Bacaan IPU pun depa taktau. Tp dorang jadi mangsa. Batuk tak henti. Nafas laju. Bunyi kuat. 6 hari demam panas. Tiap malam muntah. Bangun pukul 3pagi masuk ubat bontot. Seksa budak2 ni. Kenapa korang bakar hutan? Main bakar sampah merata woi! Semoga anak-anak daddy kembali sihat and happy mcm biasa. Love you kiddo! #PrinceHeidy #PincessChayra

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on