Pelakon Mimi Lana mendedahkan hampir 80 peratus babak aksi lakonannya dalam filem aksi heist, The Experts, dilakukan oleh dirinya sendiri.

Masuk Kelas 'Drift'

Malah, Mimi yang memegang watak sebagai Emma turut berkata dia sempat memasuki kelas ‘drift’ kereta untuk salah satu babak dalam filem itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 4 Rompakan Besar Berprofil Tinggi Yang Masih Belum Dapat Diselesaikan

ARTIKEL BERKAITAN: Zhafvlog Bergaduh Dengan Netizen Gara-Gara Filem The Experts?

“Saya rasa kebanyakkan babak aksi, memang saya lakukan sendiri. Mungkin dalam 80 peratus saya buat sendiri. Saya ada pergi ke kelas ‘drift’ sebelum mula penggambaran.

“Tapi ada beberapa peratus lagi memang ada pelakon stunt sebab babak itu bahaya,” kata Mimi kepada Gempak.

Dalam pada itu, Mimi turut mengakui dia ada mengalami kecederaan ringan seperti lebam pada badannya namun baginya ia perkara biasa apabila berlakon dalam filem aksi.

Alami Kecederaan Ringan

“Sudah tentu ada mengalami kecederaan tapi itu perkara biasa bila kita berlakon dalam filem aksi. Bukan cedera teruk pun tapi macam ada lebam-lebam sikit. Tapi bagi saya ia perkara biasa saja,” ujarnya.

Ambil Masa Setahun Untuk Persiapan

Sementara itu, Mimi turut memberitahu dia mengambil masa setahun untuk mempersiapkan dirinya untuk filem arahan pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah itu.

“Sebenarnya cabaran untuk berlakon filem ini sangat besar. Sebab saya ambil masa selama setahun untuk latihan, pergi gym dan kelas drift sebab nak memastikan karakter saya menjadi.

“Jadi saya memang berharap orang luar sana enjoy macam mana saya enjoy sepanjang dalam proses filem ini,” kata Mimi lagi.

The Experts diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Penonton Sanggup Habiskan 8 Jam Demi The Experts! - “Sangat Berbaloi, Pertama Kali Tonton Filem Melayu Hebat!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan Peminat Hadir Memeriahkan Jelajah Filem The Experts Yang Diadakan Di Johor & Melaka Baru-Baru Ini

ARTIKEL BERKAITAN: The Experts Raih RM10 Juta! Jadi Pilihan Ramai Di Pawagam

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan Peminat Hadiri Jelajah The Experts, 7 Pawagam Di Johor & Melaka Gamat Dengan Sokongan Penonton!