Mahkamah perlu mempertimbang faktor saiz badan dan tahap kesihatan Siti Bainun Ahd Razali, ketika menjatuhkan hukuman terhadap pengasas Rumah Bonda itu atas kesalahan mendera dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali Bella.
Rayuan itu dibuat peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf, selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi, mendapati tertuduh bersalah atas dua pertuduhan berkenaan.
Mohammad Farhan berkata, hukuman ringan wajar dikenakan atas alasan anak guam sudah insaf.
Katanya, mahkamah juga perlu mempertimbang hukuman denda saja dan jumlah maksimum mampu dibayar oleh anak guam.
"Amaun jaminan yang dimasukkan bagi menjamin kehadirannya di mahkamah termasuk kos tambahan mencukupi untuk membayar denda maksimum, jika dibenarkan mahkamah.
"Saya memohon mahkamah pertimbang gerak kerja sosial Siti Bainun dalam bidang kebajikan serta kesukarelawan.
"Anak guam perlu menjaga ibu dan hanya menjalankan perniagaan menjual kek," katanya.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, berkata pertuduhan terhadap Siti Bainun adalah serius kerana hampir keseluruhan badan Bella ada kesan lecur dan parut yang mana akan kekal seumur hidup remaja itu.
Katanya, remaja berkenaan mengalami kecederaan fizikal dan emosi akibat kejadian yang berlaku.
"Seterusnya, pihak pendakwaan mengambil kira kepentingan awam akibat kesalahan dilakukan oleh tertuduh. Kepentingan awam seharusnya mengatasi faktor lain dalam mempertimbang hukuman terhadap tertuduh termasuk kepentingannya sendiri.
"Menjadi prinsip untuk menunjukkan keseriusan kesalahan, mahkamah patut guna budi bicara dalam menjatuhkan hukuman bagi mencegah tertuduh melakukan jenayah berulang kali, selain mengelak mesej disampaikan kepada masyarakat bahawa kesalahan itu adalah ringan.
"Tertuduh mempunyai perintah mahkamah untuk menjaga bella, namun salah guna kedudukan amanah yang diberikan untuk mengabai dan menganiaya bella.
"Tertuduh dilihat sebagai sukarelawan yang dipercayai dan dihormati masyarakat mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak yang sebenarnya amat mengharapkan kasih sayang. Ini bagaikan 'harapkan pagar, pagar makan padi'," katanya.
Sumber: Berita Harian
Gempak
Wed May 03 2023


#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor

Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3
Memang berbaloi!

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan
Usaha lagi Meer Nash, all the best.

“Lainlah Minum Arak” - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari ‘Botol Susu’ Masih Jadi Isu
Isu botol susu masih berlanjutan

#BIGSTAGE5: Nadeera Zaini Melompat Gembira Siti Nurhaliza Puji Skil & Suara Bagus! - "Terperanjat! Syukur Tak Terkata Apa Dah"
Memang suara dan skil nyanyian Nadeera Zaini mantap!

#PE3: Baru 4 Hari Ditayangkan, Polis Evo 3 Raih Kutipan RM16 juta! Cayalah Boh!
Wow, letupan! Tahniah!

Ini Tindakan Remy Ishak Apabila Menerima Mesej & Gambar Berbaur Godaan Daripada Peminat - “Saya Terus…”
Cara Remy Ishak tepis godaan

#BIGSTAGE5: Meer Nash Ada Pakej Lengkap Tapi Kurang Pada Vokal, Ajai Kata Boleh Usaha! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Jangan putus asa Meer Nash.

Muda 4 Hari, Adik Shila Amzah Tak Nak Panggil Ubai Dengan Panggilan ‘Abang’
Habis tu nak panggil apa?

Terpengaruh Kartun, Budak Empat Tahun Terjun Dari Tingkat 26 Guna Payung
Bahaya tu...