Laman Utama

“Mohon Maaf Atas Kecuaian, Mereka Buka Mask Sebab...” - Acara Fesyen Jawab Patuh SOP, Siap Tunjuk Bukti

gempak
Mya Amri
26/03/2021
01:29 MYT
Sponsor Banner
“Mohon Maaf Atas Kecuaian, Mereka Buka Mask Sebab...” - Acara Fesyen Jawab Patuh SOP, Siap Tunjuk Bukti
Pemilik jenama fesyen tampatan, Leeyana Rahman tampil memberikan penjelasan berkenaan dakwaan penganjuran pertunjukan fesyen miliknya tidak mematuhi Standart Operasi Prosedur (SOP).
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram peribadi miliknya, Leeyana menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.
Posting itu juga turut diserta dengan bukti menunjukkan pihak mereka telah mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Ramai yang DM saya fasal pertunjukkan fesyen #leeyanarahmangloriousraya @leeyanarahman.co semalam yang viral kat Twitter sebab tak ikut SOP. My team ada ambil beberapa gambar yang pihak kami memang ada jalankan SOP.
“Pintu masuk kita hadkan 1 pintu sahaja. Semua tetamu check in My Sejahtera, temperature screening.
“Tetamu yang nak masuk dewan WAJIB PAKAI mask. Dan ada beberapa yang tak bawak mask pun, pihak kami ada sediakan mask untuk mereka pakai.
“Dan kalau ikutkan dewan semalam boleh muat 400-500 orang. Tapi kami hanya menjemput separuh sahaja di mana ia 200 orang, dan ada penjarakan di setiap kerusi,” jelasnya. Dalam pada itu, dia juga memohon maaf sekiranya ada kekhilafan dan kecuaian yang berlaku dari pihak mereka dalam usaha mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Cuma itu lah, di sebalik kami menjaga SOP, mungkin ada kecuaian dari pihak kami. Bila tetamu dah masuk, kebanyakkan mereka buka mask sebab rata-rata memang nak bergambar. Mohon maaf atas kecuaian dan kealpaan pihak kami.
“Saya mohon 1001 maaf andai ada salah dan kecuaian dari pihak kami. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang tu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri,” coretnya.
BACA: "Tak Pakai Mask, Kebal Virus Ke Kak?" - Netizen Risau Fashion Show Jenama Tempatan Langgar SOP
Terdahulu, pengguna media sosial meluahkan rasa risau terhadap penganjuran sebuah pertunjukan fesyen jenama tempatan yang tidak mematuhi standard operasi prosedur (SOP) sepanjang acara berlangsung pada Rabu.
Difahamkan menerusi foto yang tular di Twitter, kebanyakan tetamu yang hadir pada acara berkenaan tidak memakai pelitup separuh muka.
Malah, kedudukan kerusi tetamu juga diletakkan rapat-rapat tanpa ada penjarakan fizikal seperti yang disarankan.
Awal Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberikan kebenaran untuk mengadakan majlis sosial dengan mematuhi syarat SOP.
Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah kehadiran ke premis 50 peratus bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP).
Majlis seperti seminar, kursus, latihan, ceramah bersemuka, pameran, aktiviti perdagangan serta konvensyen juga dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live