,
Laman Utama

Muktamad! Sesi Persekolahan Tetap Bermula 20 Januari 2021!

Fiza Kamarudin
12/01/2021
09:57 MYT
Susulan perutusan Perdana Menteri, pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah tertakluk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata sesi persekolahan akan tetap bermula pada 20 Januari 2021.
Bagaimanapun katanya, sesi bersemuka hanya melibatkan pelajar yang menduduki peperiksaan utama iaitu SPM, SVM, SKM, STPM, STAM dan DVM serta peperiksaan antarabangsa setara di kawasan PKP.
Selain itu semua murid sekolah rendah dan tingkatan 1 hingga 4 di kawasan PKP, akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid.
Di kawasan PKPB dan PKPP pula, operasi institusi pendidikan KPM dan Institusi Pendidikan Swasta berdaftar dengan KPM adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.
Dalam pada itu Radzi turut menjawab soalan-soalan berbangkit daripada media seperti kelas tambahan, jumlah pelajar di dalam kelas, operasi pusat tuisyen, operasi tadika swasta dan penghantaran buku teks sekolah.
Berikut jawapan Radzi untuk soalan-soalan berbangkit:
i. Guru di negeri terlibat dengan PKP dibenar adakan kelas tambahan di sekolah untuk pelajar kelas peperiksaan. ii. Jumlah pelajar dalam kelas berdasarkan penjarakan fizikal. iii. Pusat tuisyen di negeri terlibat dengan PKP tidak dibenarkan beroperasi. iv. Sekolah akan berhubung dengan ibu bapa mengenai penghantaran buku teks sekolah. v. Tadika swasta di kawasan PKP dibuka seperti biasa dan kelas diadakan secara bersemuka, ketetapan ini juga terpakai untuk semua tadika di kawasan PKPB dan PKPP. Tadika akan memulakan operasi seperti biasa dengan pematuhan SOP yang diperketatkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

gempak
10/09/2024
04:29 MYT
Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu
Terkini

Pemandu Bas Rakam Video Murid Sekolah Direman Lima Hari

gempak
06/09/2024
05:55 MYT
Pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video penumpang bas dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan', direman lima hari bermula hari ini.
Viral

Budak Lelaki Guna Besen Ulang-Alik Ke Sekolah Jentik Hati Netizen - "Kasihannya, Tolonglah Mereka..."

gempak
03/09/2024
13:38 MYT
Kecekalan seorang budak lelaki ke sekolah dengan menaiki sebiji besen mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menguji kesungguhan dan semangat kanak-kanak lelaki berkenaan.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.