Kedai menjual rokok elektronik jenis vape milik suami kepada penyampai radio Ira Mohd Amin dirompak pada Selasa.

Berkongsi khabar mendukacitakan itu, kata Ira dia kesal apabila ada segelintir individu yang mengambil kesempatan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Semalam kedai vape @vaporstreetwizard suami saya @arilthefogclown dirompak. Habis semua disapu bersih. Musim PKP ni lah aktiviti mereka berjalan. Besar betul dugaan suami ku.

"Selepas membuat laporan polis, dia balik rumah dan pandang saya kemudiannya tersenyum.

"Katanya; 'Saya okay. Benda dah jadi. Saya redha'," tulis Ira.

Melihat hikmah di sebalik kejadian, kata Ira lagi dia menganggap kejadian yang berlaku sebagai ujian ke atas mereka.

"B, Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

"Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

"We’re in this together sayang, InshaAllah big things coming your way. For every step thay you take in your life, the kids & I will be right behind you, always with you. Love you Bubu," tambahnya.

Semalam kedai vape @vaporstreetwizard suami saya @arilthefogclown dirompak. Habis semua disapu bersih. Musim PKP ni lah aktiviti mereka berjalan. Besar betul dugaan suami ku. . After police investigation, he got home, looked at me & smiled. He said, “Saya okay. Benda dah jadi. Saya redha” ? . B, Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. . We’re in this together sayang, InshaAllah big things coming your way. For every step thay you take in your life, the kids & I will be right behind you, always with you. Love you Bubu لله تعالى ♥️ . Do contact him via @vaporstreetwizard if you want your vape ? supplies ya. He’s restocking goods so that bekalan anda tidak terputus. Harap semuanya dipermudahkan

A post shared by I R A M O H D A M I N (@iramohdamin) on


Kejadian itu juga tidak mematahkan semangat suaminya untuk menambah stok buat pelanggan.

"Hubunginya jika mahukan vape ya. Dia sudah menambah stok barangan jadi, bekalan anda tidak terputus. Harap semuanya dipermudahkan," ujarnya.

Insiden itu mencetuskan kerisauan kepada pemilik premis perniagaan lain yang kini menutup bisnes sementara tempoh PKP.

Malah, ada yang memberikan kata-kata semangat kepada Ira dan suaminya serta menasihati agar lebih berhati-hati.