Sunway Lagoon Nights of Fright 6 (NOF6) kembali lagi! Seperti penganjurannya saban tahun, Sunway Lagoon menawarkan pengalaman seram terbaik untuk dinikmati pengunjung.

Bermula dari 28 September sehingga 31 Oktober ini jam 7.30 sehingga 11.30 malam setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Sunway Lagoon berubah wajah menjadi tempat paling menakutkan!

Rasai pengalaman masuk ke lapan rumah berhantu, empat zon menakutkan dan pelbagai aktiviti 'menyeramkan' di NOF6!

Wendigo – The Legend in the Mist
Rasai pengalaman ngeri berdepan dengan mitos dan raksasa yang bersemangat kanibal! Jaga-jaga, mereka makan manusia!

Phobia: Coulrophobia – The Fear of Clowns
Jaga-jaga, badut ini bukan melucukan dan membuatkan anda tersenyum, teteapi mereka mengerikan!

Slaughterhouse 13
Rasai pengalaman kembali ke pusat penyembelihan Chan yang sudah lama ditinggalkan gara-gara seorang pekerja yang menemui badan yang tergantung dalam peti sejuk.

Zombie Zoo
Bukan sebarang zoo kerana ia menempatkan banyak haiwan yang mengerikan!

Scarytales Theater
Dengarkan kisah mistik yang melibatkan pontianak, toyol dan pocong.. Jaga-jaga, mereka mengelilingi anda dan menghantui anda sepanjang malam!

Ghostbusters
Ada juga tau hantu yang menghuni bandar New York, hantu moden lagi tu! Rasai pengalaman terbabit bersama permainan lampu!

Horrorwood Studios Wax Museum of Monsters
Bukan sebarang muzium! Ia dipenuhi dengan patung lilin watak-watak filem seram yang sangat mengerikan!

Ghost Face – The Face To Make You Scream in UV3D
Menakutkan! Mimpi ngeri yang paling menyeramkan bakal menghuni hidup anda dalam rumah hantu ini!

Jampi
Salem Witch, Malay Dukun, Indian Witch dan Chinese Witch bakal menyapa anda apabila anda menghampiri kawasan ini dengan mantra dan ritual yang menyeramkan!

Enclave of Torture
Rasai gambaran pembunuhan kejam apabila anda berada di sini, menakutkan!

Ha, apa tunggu lagi! Anda boleh dapatkan tiket express Lane combo yang berharga RM114 dan tiket harga normal yang bernilai RM69.

Pasti anda tak akan menyesal kalau berkunjung ke Sunway Lagoon NOF6, best gila!

Caranya mudah sahaja! Tonton video di bawah dan jawab beberapa soalan mudah!



1. Tahun ini merupakan tahun ke berapa Nights of Fright diadakan di Sunway Lagoon?
2. Berikan 4 'Haunted Attractions' yang akan diadakan pada Nights of Fright kali ini.
3. Tag 3 orang kawan anda yang anda ingin bawa untuk masuk Nights of Fright ini bersama dengan anda

Senang je kan? Ha, jangan lupa untuk jawab soalan tersebut di ruangan komen posting video tu!

Tarikh tutup peraduan pada 27 September 2018 dan pemenang akan diumumkan pada 28 September 2018!

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Lagoon Nights of Fright 6, layari www.sunwaylagoon.com/nof6.