Laman Utama

#NakCakapSikit: Kalau Sayang Anak Jagalah SOP, Kepada Yang Sentiasa ‘Alert’ Tahniah!

gempak
Fiza Kamarudin
03/03/2021
12:15 MYT
Sponsor Banner
#NakCakapSikit: Kalau Sayang Anak Jagalah SOP, Kepada Yang Sentiasa ‘Alert’ Tahniah!
Bermula 1 Mac lalu anak-anak kita yang belajar di pra-sekolah, tahun satu dan dua sudah mulakan sesi persekolahan mereka.
Lapang dada bila tengok anak-anak dah boleh kembali ke sekolah dan memulakan pembelajaran seperti biasa.
Bukan sebab tak pandai nak mengajar sendiri, tetapi al-maklumlah alam sekolah rendah tu dah lebih 20 tahun ditinggalkan! Silibus pun dah makin advanced!
Setakat nak mengajar basic-basic tu bolehlah, tapi caranya sudah tentu tak sama macam guru-guru di sekolah…Lagi pun ada ke masa nak mengajar tujuh hingga lapan subjek tu sendiri?
Jangan acah-acah tak mengaku please…Terimalah hakikat yang kita semua tetap perlukan sekolah dan guru walaupun masih bimbang dengan keadaan sekarang (selagi pandemik Covid-19 tak berakhir)!
Haaa…Cuma! Ada cuma tau…Dua hari lepas masa pergi hantar anak ke sekolah adalah terdetik rasa bimbang bila melihat ibu bapa berkumpul tanpa penjarakan sosial…
Dalam bahasa mudahnya, SOP ke laut! Tapi kita faham dan cuba husnudzon ibu bapa ini mungkin anak-anak mereka baru di pra-sekolah dan nak melangkah ke tahun satu.
Sebelum kita teruskan, #NakCakapSikit ni...Yang anak belum sekolah, sila diam sebab rasanya korang belum layak nak kompelin atau condemn ibu bapa ini.
Perasaan teruja bercampur risau itu biasa ketika anak mula melangkah ke alam persekolahan tetapi dalam keadaan sekarang ini rasanya part risau tu level dia tinggi sikit.
Eh! Of course la risau kan, anak-anak kita bukannya familiar dengan kawasan sekolah yang lebih besar, semuanya baru untuk mereka. Macam-macam bersarang dalam kepala ni tau…
Tetapi, itu bukan alasan untuk kita lupa atau leka yang negara masih bertarung dengan pandemik Covid-19 dan masih ada SOP yang perlu dipatuhi.
Ni #NakCakapSikit…Wahai para ibu bapa kalau sayangkan anak-anak kita tunjukkanlah contoh yang baik. Pelajaran pertama kan bermula dari rumah? Remember?
Kasihankanlah guru-guru kita yang setiap hari melaung dan mengingatkan anak-anak tentang bahayanya virus ini dan pentingnya jaga SOP. Kenapa kita nak rosakkan benda tu kan?
Beringatlah, dan ubahlah kebiasaan kita perlahan-lahan seiring dengan kehidupan norma baharu! Bukannya apa kita tak mahulah kluster sekolah pula. Kasihankan anak-anak kita, guru-guru mereka…
Macam baru-baru ni kecoh di Twiiter apabila seorang bapa meluahkan rasa kesal melihat tiada penjarakan sosial di sekolah ketika menghantar dan mengambil anak masing-masing.
So sad…Kalau sayang anak kita tangan-tangankan, tapi dalam hal ibu bapa tak patuh SOP ni patut ke kita kaki-kakikan?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live