Gaya Hidup
Nana Al Haleq Makan Daging Putih Bina Otot Kekar
Jurulatih Kecerdasan Nana Al Haleq mengakui makan daging putih seperti ikan atau ayam boleh membuatkan ototnya kekal fit dan sado.
Malah ketika sarapan pagi juga, Nana amalkan makan steak antara penyumbang utama membina ototnya yang kekar dan kuat.
Selain itu, makan 5 kali sehari juga perlu buat dirinya agar badannya tidak kurus melidi seperti dahulu.
“Masalah saya dulu ialah kurang berat badan serta kandungan lemak yang sangat minima, jadi untuk membina otot yang kekar, saya perlu makan makanan yang lebih berkhasiat.
“Setiap pinggan makanan yang saya ingin menjamu selera perlu ada protein dan karbohidrat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Astro Bella Jom Kurus musim kedua di District 21, IOI Mall Putrajaya, baru-baru ini.
Tambah Nana lagi, nasi sebenarnya tidak menjadi punca seseorang itu menjadi gemuk malah ia lebih baik daripada mee hoon mahupun roti.
“Ramai yang berangggapan nasi boleh menyebabkan sesorang itu menjadi gemuk. Nasi tak salah, yang salah adalah lauk pauk yang kita pilih dan makan.
“Lauk-lauk tempatan kebanyakkannya mengandungi minyak berlebihan serta lemak yang tinggi sebab pengunaan santan berlebihan.
“Lemak boleh terjadi pada 2 tempat iaitu boleh bertambah pada otot atau pada organ badan. Jadi nak tahu kandungan lemak kita, keraplah membuat pemeriksaan.
“Memang kita nampak seorang itu kurus tetapi lemak-lemaknya sebenarnya terkumpul di organ badan, jadi perkara sebegini perlu diambil berat untuk anda kekal kurus dan langsing secara berhemah,” ujarnya dengan panjang lebar.
Nana Al Haleq sekali lagi terpilih untuk menjadi jurulatih kecerdasan untuk Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari.
Selain Nana, program ini turut diserikan dengan kehadiran tiga orang jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan kecergasan iaitu Kevin Zahri, Coach Shahril dan Coach Faiz.
Ia ditayangkan setiap Jumaat ini, jam 9 malam menerusi saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134).
Teks oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Must-Watch Video