Di saat dunia hiburan kecoh mengenai isu bantuan kerajaan kepada penggiat seni, pelawak Achey mengambil pendekatan berbeza apabila tampil menyediakan pelindung muka atau 'face shield'.

Perkara itu dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya, semalam.

Menerusi posting berkenaan Achey memuat naik gambar memaparkan kelengkapan serta barangan yang dibeli untuk menghasilkan pelindung muka.

"Tunggu meterial sampai...InsyaAllah pelindung muka untuk untuk frontliners berdekatan," katanya sebagai kapsyen.

Usaha murni tersebut kemudian menarik perhatian netizen serta rakan artis.

Rata-rata mereka memuji usaha pelawak itu dalam meringankan beban terpaksa ditanggung petugas barisan hadapan.

Sementara itu, berdasarkan pemantauan Gempak, Achey turut berkongsi satu video tutorial untuk menghasilkan pelindung muka ini.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah, mudah je guys!

Tunggu meterial sampai... in shaa Allah hand made face shield untuk #frontliners berdekatan ??

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on