Para pelanggan Astro boleh menikmati program-program Korea terbaik termasuk K-drama
hebat, 100 episod siri Running Man sempena ulang tahun ke-10 dan juga program-program
yang menampilkan bintang-bintang K-pop terbesar bulan Julai ini menerusi TV, Astro GO
dan di on demand.

Peminat boleh menikmati K-drama terhebat seperti siri terbaharu yang dibintangi oleh Ji Chang Wook dan Kim Yoo-jung iaitu Backstreet Rookie, yang boleh dinikmati episod-episod siri ini pada minggu yang sama dengan Korea melalui saluran ONE (saluran 393).

Pelanggan juga boleh strim episod-episod Backstreet Rookie menerusi on demand, melalui aplikasi iQIYI, untuk menonton pada waktu yang sama dengan Korea.

Selain itu, peminat Ji Chang Wook juga boleh strim kesemua episod siri seni mempertahankan diri, Warrior Baek Dong-Soo dan drama perundangan, Suspicious Partner menerusi on demand dan di Astro GO.

Untuk aplikasi IQIYI, semua pelanggan Astro yang menggunakan ID Astro mereka untuk log masuk ke aplikasi iQIYI buat pertama kalinya, boleh menikmati keahlian VIP percuma selama dua bulan.

Drama tular dan paling menjadi sebutan, The World of the Married yang dibintangi oleh Kim Hee-ae, pemenang ‘Pelakon Utama di TV’ di Anugerah Seni Baeksang ke-56 baru-baru ini bagi lakonannya sebagai Ji Sun-Woo untuk siri ini. Drama menarik ini pasti membuatkan peminat terpikat dengan jalan ceritanya yang menarik, adegan balas dendam dan penceritaan yang penuh dengan liku.

Tayangan perdana yang disediakan pada hari yang sama seperti di Korea: siri Flower of Evil, yang dibintangi oleh Lee Joon Gi dan Moon Chae Won, serta Memorials, sebuah komedi drama yang dibintangi oleh Nana, dahulunya bintang dari Orange Caramel.

Pelanggan yang meminati program popular, Running Man, dapat menikmati ‘10-years of
Running Man’, dengan 100 episod yang boleh distrim pada bila-bila masa menerusi on
demand dan di Astro GO sebagai sambutan ulang tahun ke-10 program ini.

Peminat juga dapat menikmati episod terbaharu Running Man setiap Jumaat melalui saluran ONE (saluran 393).

Peminat K-pop juga boleh strim pelbagai program muzik, program realiti dan drama yang menampilkan K-Idol terhebat melalui on demand termasuklah tayangan perdana program realiti yang dinanti-nantikan iaitu I-LAND, pada 2 Julai.

I-LAND dihasilkan oleh Big Hit Entertainment dan CJ E&M Entertainment yang merupakan program pencarian artis K-pop untuk generasi baharu di Korea dengan konsep yang menarik.

Siri lengkap (boxsets) Road to Kingdom yang menampilkan Pentagon, ONF, Golden Child, The Boyz, Verivery, Oneus dan TOO; Super M: The Beginning; 2019 KCON New York; Real Men 300 yang menampilkan Lisa (Blackpink), Hongseok (Pentagon), Shownu dan banyak lagi; Monchouchou Global House menampilkan Lee Dae-hwi (AB6IX) serta Farming Academy Musim 1 dan 2 yang menampilkan Bo Mi (Apink).

Kemunculan semula yang paling dinanti-nantikan untuk Blackpink dan Seventeen dalam K-pop Countdown pada 4 Julai.

Drama K-Idol Rich Man yang menampilkan Suho (EXO); Revenge Note Musim 1 yang dibintangi oleh Cha Eun Woo (Astro); Touch yang menampilkan Yeonwoo (Momoland); Confession yang dibintangi oleh Lee Joon-Ho (2PM); Welcome yang dibintangi oleh L (Infinite); dan King of Hip Hop yang menampilkan Lee Ho-Won (sebelumnya dari Infinite), Lee Na-Eun (April) dan Shin Won-Ho (Cross Gene).

Episod mingguan Master in the House yang menampilkan Cha Eun Woo (Astro); The Great Escape 3 yang menampilkan P.O (Block B) dan Shindong; Weekly Idol serta Best of Chef dan My Fridge!