Penyanyi terkenal Faizal Tahir memuji usaha personaliti media sosial, Khairul Amin dalam usaha memberikan posting bermanfaat kepada pengikutnya.

Menurut Faizal Tahir, isi kandungan posting di akaun Instagram Amin memberikan aura positif selain membuka ruang kepada mereka yang mahu belajar memasak.

“Bagi saya dia seorang influencer yang sangat bagus. Amin punya posting adalah berkenaan dengan benda yang bagus iaitu makanan.

“Posting itu juga dah buat semua orang berkumpul di satu platform seolah-olah jadi ‘chat room’ pula di situ bila orang boleh berborak fasal makanan dekat.

“Benda-benda bagus macam ini sudah tentu saya berikan sokongan.

“Dan semestinya saya juga merupakan peminat dia juga, anak-anak perempuan saya pun sama,” katanya ketika dihubungi Gempak.


Ditanya sama ada Faizal mahu melakukan kolaborasi sekali lagi, ini jawapannya.

“Saya rasa cukup buat masa ini sebab itu bukan program dan bidang saya, saya hanya ada di dalam itu sebagai tetamu.

“Tetapi andai kata ada peluang lagi, sudah tentu, kenapa tidak? Sebab bagi saya benda itu sangat menyeronokkan.

“Jadi apabila ada benda yang boleh buat orang terhibur apa salahnya,” ujarnya.

BACA: Ini Rupanya Cerita Bila Faizal Tahir Jadi Tetamu Khairul Amin, - “Bergurau Je Dekat Komen Sekali…”

Terdahulu, Faizal dan Amin telah berkoloborasi bersama menerusi video masakan yang menunjukkan resepi ‘Buttermilk Chicken’.

Kehadiran suara Faizal yang tanpa diduga itu ternyata menggembirakan penonton sehingga ada yang mahukan mereka berkolaborasi sekali lagi.

Selain itu, Faizal juga turut dipuji kerana sikapnya yang sangat sporting dan membuatkan video tersebut lebih ceria.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 2 juta tontonan.