Laman Utama

#OhAbeNik: #GengFipper Atau #GengBata, Pasal Selipar Pun Nak Bertekak?

gempak
Amri Hassan
10/04/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
#OhAbeNik: #GengFipper Atau #GengBata, Pasal Selipar Pun Nak Bertekak?
Dua jenama selipar tempatan, Fipper dan Bata menjadi antara topik trending minggu ini.
Semuanya gara-gara kenyataan 'muslim friendly' seperti yang didakwa kebanyakan netizen sebagai 'overclaimed'.
Ada juga dakwaan jenama berkenaan mengeksploitasi agama untuk menjual produk selipar yang berharga RM79.90, walhal jika kebiasaannya harga jenama terbabit empat kali ganda lebih murah.
Baru-baru ini Abe Nik tertarik dengan pandangan yang diutarakan oleh pengasas MyFundAction, Afiq Nazary berkenaan produk yang hangat diperkatakan itu.
Selain daripada strategi pemasaran, beliau lebih melihat daripada sudut nilai produk itu.
Mengambil kira peningkatan harga selipar terbabit, ia berkait rapat dengan nilai produk itu. Caranya; meletakkan produk itu di tempat yang lebih bagus.
Nilai bagus, harga tinggi
Nilai produk yang bagus akan menjadikan harga lebih tinggi.
Manakala, daripada segi pemilihan 'muslim friendly', ada beberapa produk di pasaran yang sememangnya menyasarkan pengguna muslim berdasarkan ciri demografik dan target pasaran semasa.
Penekanan kepada frasa 'muslim friendly' itu sudah menggambarkan target pasaran produk yang dihasilkan itu. Kebetulan, kolaborasi itu pun dijalinkan bersama dengan aplikasi yang membimbing pengguna muslim.
Fipper sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa 'muslim friendly' yang dimaksukan mereka adalah merujuk kepada ciri-ciri rekaannya yang menepati pengguna muslimah yang berstoking.
BACA: Isu Selipar Muslim Friendly, Flipper Tampil Beri Penjelasan - "Maaf Atas Kekeliruan"​
Nak murah, beli yang murah
"Selipar je pun, buat apa jual mahal-mahal?" itu antara keluhan netizen mengenai harga produk yang dikeluarkan jenama terbabit.
Sama seperti kasut yang anda pakai, kenapa perlu beli kasut mewah buatan luar negara, sedangkan itu hanyalah kasut. Cuba tanggalkan jenama pada kasut itu, ia tidak akan memberikan makna apa-apa pun.
Jelas di sini, nilai pada sesebuah jenama itu refleksi kepada harga yang dijual kepada pembeli.
Berbalik semula kepada pilihan pembeli itu sendiri! Kalau anda mahukan produk yang lebih murah, ada banyak pilihan lain, jika mahukan produk premium, beli saja produk itu.
Paling untung di sini adalah produk lain yang punyai fungsi sama tetapi dijual dengan harga lebih murah, misalnya Bata.
BACA: "Wallet Friendly" - Tumpang Kontroversi Muslim Friendly, Selipar Bata Tular Sampai Sold Out
Sekali gus, perang antara pengguna membuka peluang dan kesempatan kepada penjual-penjual lain.
Sapot Lokal!
Tidak kira apa juga definisi sesuatu produk, pandang ia daripada sudut yang positif. Ia pun jenama tempatan, tidak salah untuk kita sama-sama menyokong dan menyumbang kepada ekonomi syarikat tempatan kita.
Menjadi nilai tambah untuk sesuatu produk tempatan jika ia dicipta untuk muslim. Apa salahnya sokong?
Cuma, pemilik produk jangan pula mengeksploitasi pengguna untuk menjual produk anda. Betulkan pandangan anda, adakah anda buat kerana duit atau kerana Allah?
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live