Baru-baru ini kecoh di platform Twitter apabila pengacara sensasi, Azwan Ali seakan menghina pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), Naim Daniel.

Menerusi satu posting, Azwan mendakwa dia tidak mengenali Naim dan menganggapnya sebagai artis 'sangkak'.

Malah, posting berkenaan turut sampai ke pengetahuan Naim yang turut membalas posting tersebut.

BACA: "Siapa Jadah Ni? Semak Stage Konon Juara? Pok*m*k Kau Lah!" - Diva AA Tak Kenal Juara AJL34, Ini Jawapan Naim Daniel.

Tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut, Azwan Ali akui dia pada awalnya memang tidak mengenali penyanyi lagu Sumpah itu.

"Terlalu ramai artis sekarang ni, lagipun saya hentam tentang kejayaan secara umum AJL34

"Tetapi gambar yang saya share tu ada pula cerita tentang dia. Sudah tentu orang ingat seolah-olah saya menghina dia.

"Bagusnya Naim ini dia balas untuk mempertahankan kejayaannya tapi dengan nada yang tidak kurang ajar," katanya.

Menurut Azwan, apa yang membuatkan dia bertambah marah adalah tindakan peminat fanatik Naim yang tidak henti menyerang akaun Twitternya.

"Naim pun tak kurang ajar kenapa peminat dia nak lebih-lebih. Ini budaya melampau.

"Saya harap perkara ini dijadikan iktibar dan jika masih ada peminat yang melampau saya bersama peguam tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.

"Malah punca utama saya sekat akaun Naim juga disebabkan asakan peminat yang 'menyerang' di Twitter. Mesej bertubi-tubi masuk, saya tak ada masa nak layan," katanya.

Azwan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya, semalam.

BACA: Kemelut Isu Menghina Datuk Seri Vida, Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf!