Ramai penonton sudah tidak sabar menantikan drama bersiri premium menerusi drama jenama Astro Originals Kampong Pisang Bersiri-Siri arahan Mamat Khalid.

Menerusi trailer berdurasi kurang dua minit itu, drama siri berdurasi satu jam ini menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.



Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur dan tidak sabar menantikan kemunculan drama ini di kaca TV mereka.

Tak sabar nak tunggu 7 Disember ni,” komen seorang wargamaya.

Last scene trailer pasal Kaza memang buat aku tak tahan nak tergelak,” kata seorang wargamaya.

Yes, Mamat Khalid kembali,” tulis seorang wargamaya lagi.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bakal menemui penonton mulai 7 Disember ini, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).