Laman Utama

Pakaian Jihan Dikatakan Seperti Plastik Sampah & Menyebabkan Fobia Ular! Ini Komen Pereka Fesyen Behati

gempak
Asraf Aided
14/12/2020
09:57 MYT
Sponsor Banner
Pakaian Jihan Dikatakan Seperti Plastik Sampah & Menyebabkan Fobia Ular! Ini Komen Pereka Fesyen Behati
Persalinan bercorak ular yang dipakai hos Jihan Muse di pentas akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) malam tadi mengundang perhatian segelintir netizen.
Menerusi pemerhatian Gempak di Twitter, terdapat netizen yang berasa geli melihat pakaian itu, ada juga yang mengatakan ia mampu menyebabkan fobia kepada ular.
Bukan itu sahaja, ada juga penonton GV7 yang menyifatkan pakaian itu membawa mesej yang kurang baik dan menjurus kearah penganiayaan haiwan atau animal trafficking.
"Jihan Muse pakai baju ular, walaupun ia hanya costume tapi ia menunjukkan mesej kurang ngam #AnimalTrafficking #GegarVaganza2020.
"Geli la tengok baju ular Jihan.
"Baju Jihan ni boleh trigger phobia to snake!
"Baju Jihan macam beg mayat yang diterkam ular sawa.
"Kau pakai baju ke plastik sampah ni Jihan?" tulis beberapa netizen.
Ekoran itu, Gempak cuba menghubungi pereka fesyen jenama Behati yang menaja pakaian Jihan malam tadi, Kel Wen untuk mendapatkan keterangan daripada pihaknya.
Menurut Kel, pemakaian corak haiwan bukanlah menggalakkan animal trafficking kerana sudah banyak corak haiwan seperti harimau bintang, harimau dan ular dijual di pasaran.
"Pemakaian corak haiwan bukanlah bermaksud menggalakkan animal trafficking, banyak corak haiwan seperti harimau, leopard, dan ular dijual di pasaran.
"Mengenai fobia pula, itu lebih kepada perasaan takut secara peribadi, konflik sebegitu lebih kurang sama dengan golongan vegetarian dan bukan vegetarian.
"Pada pendapat saya, semua orang ada minat masing-masing ketika bergaya, tetapi untuk konsert akhir GV7 malam tadi, saya tak rasa rekaan bercorak ular yang dipakai Jihan sebagai satu perkara yang tidak baik," jelasnya.
Dalam pada itu, Kel juga menerangkan tentang maksud sebenar di sebalik rekaan pakaian bercorak ular tersebut.
"Pakaian bercorak ular ini mempunyai simbolik tersendiri, ular adalah satu simbol kelahiran semula atau transformasi, atau boleh juga dikatakan pembaharuan hidup.
"Konsert Final GV7 adalah pentas akhir untuk para peserta, tetapi pada masa yang sama, ia merupakan permulaan baru untuk mereka semua.
"Saya telah menggunakan corak ular untuk memberi mesej positif tentang pertandingan itu secara keseluruhan," katanya.
Kel sempat berseloroh mengenai cape hitam yang dipakai Jihan ketika pembukaan pentas malam tadi.
"Berkenaan cape yang dikatakan kelihatan seperti plastik sampah itu, memang diperbuat daripada plastik tetapi sekurang-kurangnya ia kelihatan seperti bag plastik mahal," katanya lagi.
Penampilan Jihan malam tadi turut mendapat khidmat jurugaya Abu Shaef Hamza yang selalu bekerjasama bersama Kel dalam menata rias gaya beberapa figura terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri dan ramai lagi sebelum ini.
Pentas akhir GV7 dikendalikan oleh Jihan bersama Nabil Ahmad.
Persembahan kesemua bintang diadili Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan rapper popular, Joe Flizzow.
Cliff Umar dinobatkan sebagai juara, diikuti naib juara Muss dan tempat ketiga jatuh kepada Ayu Damit.
Sementara itu, Noraniza Idris, Linda Nanuwill, Oja dan Ashira masing-masing menduduki tempat keempat, kelima, keenam dan ketujuh.
Kredit Foto : Behati & Instagram Kel Wen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024