Pelbagai kisah selebriti dan cerita tular ada di Gempak hari ini, namun kami senaraikan 5 antara yang terbaik dan menjadi tumpuan.

Lihat dan klik lima artikel menarik di Gempak pada Khamis:

#1 “Memang Memalukan Tapi…”- Shiha Zikir Dedah Pernah Kena ‘Sound’ Dengan Pelakon Senior

Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir mendedahkan dia pernah mempunyai pengalaman yang kurang manis bersama seorang pelakon senior ketika di set penggambaran.

Kata Shiha, 35, kata-kata pelakon wanita berpengalaman itu amat tajam dan memalukan lebih-lebih lagi ia berlaku di hadapan kru penggambaran lain.

#2 Kecoh Sedang Sakit Atau Sekadar Efek Solekan, Ustaz Kazim Buka Cerita Sebenar - “Saya Malu…”

Semalam, kecoh di laman sosial apabila pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan yang dia sedang mengalami sakit misteri yang masih tiada ubatnya. Sungguhpun begitu, telah terbongkar sakit yang dinyatakan beliau adalah sekadar solekan kesan khas untuk filem Zim Zim Ala Kazim.

Justeru, mungkin selepas timbul kekeliruan, Ustaz Kazim tampil membuat penjelasan selepas pelbagai telahan tentang beliau mula bertebaran di media sosial selain komen-komen di hantarannya sebelum ini.

#3 “Buat Content Murahan Tak Cerdik” - Vida ‘Sekolahkan’ TikTokers Campak ‘Wang Palsu’ RM10K?

Kisah pempengaruh dikenali sebagai Puteri Sari yang mencampakkan kepingan duit didakwa wang palsu mendapat kritikan hebat daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Menerusi satu posting di TikTok, Vida menganggap apa yang dilakukan Puteri itu adalah satu keputusan yang tidak cerdik.

#4 Azeem Fahmi Sah Melakukan ‘False Start’, Netizen Tetap Beri Sokongan - “Tak Per Dik, Bangga Kau Dah Sampai Sana”

Pelari negara Muhammad Azeem Fahmi meraih simpati rakyat Malaysia apabila penyertaannya di dalam saringan kedua acara 100meter (m) dibatalkan.

Menerusi platform TikTok Astro Arena, Azeem dengan wajah kecewa masuk kembali ke dalam bilik persalinannya setelah mendapat arahan daripada pegawai sukan.

#5 Kenali Achmad Megantara, Pelakon Kacak Paling Digilai Dalam KKN Di Desa Penari!

Filem KKN Di Desa Penari semakin hangat diperkatakan. Sejak diluncurkan di Indonesia, filem berkenaan telah ditonton lebih 6 juta penonton, memecah beberapa rekod tontonan panggung wayang di Indonesia.

Di sebalik ketularan kisah sebenar yang diangkat menerusi filem berkenaan, watak utamanya, Bima yang dijayakan oleh pelakon Achmad Megantara.